Kalau Lmborghini Aventador SVJ Roadster dikeluarkan sebanyak 800 unit dan sukar kelihatan di atas jalan, kali ini varian terbaharu khas Lamborghini Aventador SVJ Xago Edition pula hanya 10 unit sahaja dan pastinya jarang dilihat kelibatnya. Rekaan unik model terbaharu model ini diinspirasikan daripada awan berbentuk heksagon di planet Zuhal dan kerana itu, hanya 10 unit dibina.
Selain itu, Xago Edition secara asasnya adalah untuk meraikan tema hexagonita dalam rekaan sesebuah jentera Lamborghini. Bagi menyerlahkan jentera terbaharu ini, Lamborghini Aventador SVJ Xago Edition menampilkan kesan efek khas berwarna perak pudar kontra bersama warna perak yang dibangunkan bahagian Ad Personam Lamborghini. Ia turut didatangkan bersama rim berwarna hitam Nireo Ad Personam.
Di bahagian kabin, jentera ini masih mengekalkan tema hexagonita di tempat duduk dan warna kontra menyamai bahagian luaran kenderaan. Plat pula menonjolkan eksklusiviti setiap Aventador SVJ Xago. Para pembeli yang berminat boleh menetapkan konfigurasi serta spesifikasi diinginkan menerusi studio maya Ad Personam dari Automobili Lamborghini, tanpa perlu mengembara sehingga Sant’Agata, Bolognese, Itali.
“Lamborghini sentiasa berfikir secara dinamik dalam penyelesaian berdepan cabaran. Studio maya terbaharu Ad Personam membantu memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada para pelanggan terutama ketika pandemik ini,” kata Ketua Pegawai Komersial Lamborghini, Giovanni Perosino. -carbuzz
Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ