Hanya 10 Unit Dikeluarkan, Khas Untuk Pasaran Jepun

Baru-baru ini, Chevrolet mengumumkan Camaro Edisi Wild Cherry tahun 2022 di mana hanya 10 unit dikeluarkan dan kesemuanya khusus untuk pasaran Jepun. Sudah tentu para peminat Cherolet di sana sudah pun membuat tempahan dan berharap untuk menerima kereta edisi terhad ini yang dikatakan bakal dihantarkan bermula pada Mei, 2022.

Edisi terhad ini diambil sempena salutan cat istimewa Wild Cherry Tintcoat yang diperkenalkan lebih setahun lalu untuk Chevrolet Camaro tahun 2021. Semenjak itu, GM menawarkan dua pakej rekaan Wild Cherry. Apa yang baru pada model ini adalah sporty silver rally stripe menghiasi bahagian hud yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada Camaro.

Chevrolet Camaro Edisi Wild Cherry ini berkongsi karaker lain dengan model asas Camaro LT RS ini termasuk engin turbo 2.0 liter dengan 275hp yang dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Bersama model edisi Wild Cherry ini, Chevrolet turut mengemaskini harga untuk keseluruhan model Camaro di Jepun.

Harga asas untuk Camaro Edisi Wild Cherry baru ini $52,608 (RM221,791.34), lebih $2,635 (RM11,108.96) dari harga Camaro LT RS biasa. Camaro Convertible pula berharga $57.878 (RM244.02). Manakala harga Camaro SS paling mahal iaitu pada $64,025 (RM269,922.95).

Sumber : Autoevolution