GV60, Kenderaan Terbaharu Menggunakan Electric Global Modular Platform Dari Hyundai


Ioniq 5 dari Hyundai merupakan kenderaan pertama yang memperkenalkan Electric Global Modular Platform (E-GMP) ketika ia diperkenalkan pada bulan Februari. Beberapa minggu kemudian. Kia melancarkan pula EV6 dengan talaan yang sama. Kini, Genesis GV60 melengkapkan trio tersebut dengan beberapa kemaskini.
Walaupun Genesis masih belum mengeluarkan sebarang maklumat yang spesifik seperti kapasiti bateri, GV60 ini dilihat mempunyai beberapa persamaan dengan Ioniq 5 dan EV6. Dari kerangka hud yang panjang, spoiler dan tampil rendah, membuatkan GV60 kelihatan seperti hatchback tinggi dan bukannya sebuah crossover.

GV60 menggunakan rekaan Athletic Elegance yang dapat dilihat di bahagian lampu hadapan, dipadankan dengan lampu belakang dan juga gril yang berbentuk seperti perisai dengan kedudukan rendah di bahagian bampar untuk tampil lebih agresif.

Bahagian dalamnya pula jelas kelihatan pengaruh Genesis, lengkap dengan tombol gear Crystal Sphere, butang infotainment silver dan kulit berwarna biru untuk elemen interior seperti yang terdapat pada kereta G80 dan GV80. Buat pertama kalinya, Genesis menggunakan cermin sisi digital serta meletakkan kamera untuk memantulkan imej pada dua skrin yang ada pada tiang A.

Menurut laporan Motor1, GV60 menawarkan pek bateri dari 58.0 hingga 77.4-kw per jam dengan anggaran perjalanan sejauh 483km pada skala WLTP serta menguasakan 577hp. Genesis dikatakan bakal berkongsi lebih banyak maklumat tentang GV60 seperti harga, prestasi tidak lama lagi.

Sumber : Motor1