GOLD 999

Selain Kanchiul, Kelisa juga antara model Perodua yang pernah femes suatu ketika dulu. Ia masih lagi kecil dan sangat sesuai dengan fungsinya sebagai kereta bandar. Walaupun dah makan tahun dihentikan, reganya masih lagi maintain dan langsung tak menjunam macam model tempatan lain. Herankan?

Dunia pengubahsuaian kereta ini bertitik tolak dari salinan model saduran yang meriah di Jepon. Siri Mira L700 seperti Coure dan Licca, merupakan pilihan kebanyakan peminatnya di sini. Tapi bagi mereka yang lebih berani, salinan kit badan ala klasik seperti Gino, lebih memberi kepuasan sebenar.

Ken antara yang berhati kering, mahu menyarungkan kit badan Gino Minilite ke atas Kelisanya. Itu pun bukan saja-saja, sebab ia banyak menghabiskan masanya sebagai kereta berhias di pentas ratu cantik. Memang tak serik-serik, dari zaman gua kenal dia main Juara Kustom 10 tahun dulu lagi…

Kemasukan kit badan Gino Minilite ini, turut disertakan dengan beberapa komponen tambahan yang lain. Ada spoiler Coure TR, cermin sisi berkrom, signal DCN, juga skirt dan lip dari D-Sport. Paling daring, tempelan sepasang sunroof Honda Stepwgn RF1 di bahagian bumbungnya. Tamak betol! Orang letak satu kau letak dua. Nasib baik tak bubuh kat bonet depan sekali. Itu belum kira kaler Gold 999 yang digunakan. Mau juling bijik mata kalau tenung lama-lama.

Kedudukan kereta dibiarkan lodeh melabuh, hasil penggunaan set suspensi boleh laras keluaran ARH. Yang belakang pun sama, tapi digandingkan dengan spring Toyota Passo yang diubahsuai. Sisipan roda pulak dibuat lebih retro, menerusi padanan rim BBS RS bersama getah Falken Ziex berukuran 165/50R-15. Semat? Dah tentu…

Enjin asal yang sudah sedap, disedapkan lagi dengan enjin berturbo jenis K3-VET dari Daihatsu YRV. Yer, gasak 1.3-liter teros. Baru boleh dipanggil dewa. Tapi buat masa ini, tiada perubahan drastik yang dilakukan Ken ke atas enjin ini. Hampir kesemuanya masih standard hakat, kecuali penggunaan penapis udara cinonet Blitz, ram udara kustom, injap pelepas HKS SSQV, radiator aloi Synergy serta tambahan penyejuk minyak Toyota.

Kebanyakan hakat YRV datang dengan kotak gear Tiptronic. Yang ni pun Ken masuk sekali, sebab ia datang dengan tuas gear tangan yang menjimatkan ruang. Seperti lazimnya, sistem ekzos wajib diusik menerusi padanan paip kustom 2-inci dan sebuah muffler kontot SR Jasma.

Ruang dalaman dibiarkan terang benderang hasil penggunaan dua bijik sunroof tadi. Lipas tengok pun serender, sekaligus menampakkan perubahan yang telah dibuat. Ada papan pemuka dengan trim walnut Gino, selain panel pintu, konsul tengah dan tempat duduk juga dari Gino. Lain-lain komponen termasuklah stereng Momo Tiptronic dari Mira Avy, pemasa enjin Blitz, serta sistem audio lengkap cap Carrozzeria. Memang sesuai sangatlah dengan tugasnya sebagai kereta berhias…

 

SPESIFIKASI