Gm Akan Memulakan Pembangunan Crossover Dua Bateri Untuk Honda Dalam Tempoh Empat Tahun

Beberapa bulan lalu, General Motors dan Honda menandatangani memorandum persefahaman yang tidak terikat dengan syarat-syarat mewujudkan pakatan strategik di Amerika Utara berkolaborasi dalam rangkaian kenderaan elektrik baharu. Honda berminat mendapat akses terhadap pembangunan pek bateri GM, Ultium manakala GM pula memperoleh rakan dalam pembangunan kenderaan elektrik.

Menurut Automotive News, GM akan memulakan pembangunan crossover dua bateri untuk Honda dalam tempoh empat tahun. Salah satu kenderaan itu akan dibangunkan di Mexico, lokasi pembuatan jentera Blazer dan Equionox. Kenderaan kedua Acura pula bakal mendapat sentuhan kilang pengeluaran di Tennessee yang merupakan tempat pengeluaran Cadillac Lyriq EV.

Model Acura yang masih belum dipastikan namanya akan mula memasuki produksi pada tahun 2024. Menurut sumber, model berkenaan akan dilancarkan selepas dua tahun Lyriq berada di pasaran. Jentera terbabit bakal memiliki ukuran seperti Lyriq.

Bagaimanapun, jurucakap bagi pihak kedua pengeluaran kenderaan menolak memberi maklumbalas terhadap laporan tersebut tetapi tidak menafikannya. Kedua jentera elektrik terbaharu Honda dan Acura itu akan memiliki jarak pemanduan maksimum mencecah kira-kira 724 km sekali cas. Dari segi rekaan pula, Honda mungkin telah mendedahkan kenderaan terbaharu, e-concept SUV pada Beijing Auto Show.

Buat masa ini, kenderaan elektrik Honda merupakan e city car di luar negara dan dijangka tidak akan memasuki pasaran Amerika Utara. Selain kenderaan elektrik, para peminat automotif juga dijangka akan melihat kenderaan dijana enjin petrol hasil gabungan dua pengeluar terbabit dalam masa terdekat. – carbuzz

Sumber : Mekanika