Generasi Baharu Sedang Dalam Pembinaan, Bakal Menyusul Kelak

Barisan Mini yang terbaharu terdiri daripada pelbagai model dan dikatakan sedang dikembangkan lagi dengan produk generasi yang bakal tiba tidak lama lagi. Kereta hatchback tiga pintu ini kekal sebagai model utama jenama ini. Namun, buat masa ini, pengeluarnya sedang meraikan pengeluaran unit ke-sejuta dari generasi terkini kereta Mini 3-pintu itu yang memasuki kilang di Oxford di mana pada waktu yang sama meraikan ulang tahun ke-110 tahun.

Kenderaan tiga pintu ini masih boleh didapati di bilik-bilik pameran sejak ia dilancarkan pada tahun 2014 yang telah direka semua untuk model terbaharu. Ia dilengkapi dengan material interior berkualiti tinggi, terkini dan enjin yang lebih cekap. Buat pertama kalinya, ia didatnagkan sebagai varian elektrik penuh. Unit ke sejuta dari generasi ini dikuasakan oleh bateri Cooper SE.

Kenderaan sempena ulang tahun ini bakal diserahkan kepada pelanggan dengan kemasan warna British Racing Green paint. Bagi makluman, Cooper SE elektrik ini merupakan model Mini paling popular sepanjang tahun lalu dengan penjualan sebanyak 43,744 unit seluruh dunia. Hampir suku hasil jualan datangnya dari EV ini dan ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan memandangkan Cooper SE dilancarkan pada tahun 2020.

Sumber : Motor1