Gegarkan NSK Trade City Malacca

Salah satu acara yang dinanti-nantikan para peminat modifikasi, Auto Show & SPL Audio Show kembali menghangatkan dan merancakkan dunia permotoran tempatan. Dianjurkan oleh En Putra dan Puan Eykin juga Malacca Team dari Suanphak Car Club, Autoshow & SPL Audio Show ini turut mendapat kerjasama NSK Trade City Malacca.

Berlangsung di Promenade Area di NSK Trade City Malacca, acara berjaya menghimpunkan para penggiat dan pencinta modifikasi kereta, kereta audio dan juga kereta-kereta sport yang datang dari seluruh Malaysia. Bukan hanya penyertaan, acara ini juga dimeriahkan dengan kehadiran para pengunjung yang ingin melihat dengan lebih dekat kereta-kereta yang telah dimodifikasi cukup kreatif juga unik.

Lebih 60 buah kereta Auto Show telah menyertai acara ini yang diadakan pada 9 Julai lalu, bermula dari pukul 11.00 dan berlarutan sehingga pukul 6.30 petang. Beberapa kategori telah disediakan dan kesemuanya dijurikan oleh Brüel & Kjær (Denmark). Tahniah kepada para peserta, pemenang dan juga penganjur Suanphak Car Club dan NSK Trade Citu Malacca kerana berjaya menganjurkan acara yang sentiasa ditunggu-tunggu peminat modifikasi kereta.