Gabungan Inovasi Terkini, Sesuai Untuk Cabaran 4×4 Dan Sebagai Pemanduan Harian Dalam Bandar


Land Rover Defender 110 baharu kini hadir di Malaysia. Jaguar Land Rover Malaysia melancarkan Defender ikonik baharu dengan dua pilihan tren kuasa iaitu enjin pancitan bahan api kawalan elektronik 2.0L 300PS Ingenium 4-silinder, dan enjin bahan api 3.0L 400PS MHEV (Mild Hybrid Electric Vehicle) 6- silinder.

2.0L 300PS Ingenium berprestasi tinggi ini menghasilkan tenaga maksimum 300PS pada 5,500rpm dan daya kilas maksimum setinggi 400NM pada 1,500 – 4,500rpm, manakala tren kuasa 3.0L 400PS MHEV yang lebih cekap menampilkan twin-scroll turbocharge dan supercharger 48-volt yang memberikan tenaga 400PS dan daya kilas setinggi 500Nm, memecut 0-100km/j dalam masa 6.1 saat.

Dibuat khusus untuk pemandu yang mengejar cabaran dan pengalaman, Land Rover Defender adalah kenderaan 4×4 yang paling berupaya dan berketahanan di dunia. Ia menggabungkan keupayaan off-road yang mantap untuk mencipta kenderaan dwiguna dengan teknologi dan rekabentuk praktikal.

Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia menyatakan bahawa sungguhpun Defender baharu ini dilengkapi dengan inovasi terkini dan pelbagai peningkatan, ia masih lagi kenderaan Land Rover paling kukuh dan paling berupaya untuk menempuh cabaran dan ekplorasi lasak.

“Dengan menggabungkan inovasi terkini, Defender begitu ideal bukan sahaja untuk cabaran 4×4 malah juga sesuai untuk pemanduan harian dalam bandar. Peningkatan Defender sesuai dengan peredaran masa dan keperluan pemandu generasi kini,” tambahnya lagi.

Kerangka baharu dan rekabentuk badan D7x yang dibina berasaskan struktur aluminium ringan, direkayasa untuk bertahan dengan prosedur Extreme Event Test Land Rover yang dilakukan berulang kali, jauh melangkaui piawaian normal untuk SUV dan kereta penumpang.

Rekabentuk badan Defender yang kukuh membolehkannya menunda dan membawa bebanan berat dengan rak bumbung dan sistem bar tunda dengan kapasiti tundaan seberat 3,500kg. Badannya yang ultra tegap berupaya menempuh cabaran merentasi daratan dengan beban maksimum bumbung statik seberat 300kg.

Rekabentuk badannya juga memberi jarak kelegaan bumi setinggi 291mm. Dengan jarak roda sepanjang 3,022mm (99mm lebih panjang daripada Discovery), Defender 110 memiliki sudut breakover 28 darjah – memberikan geometri off-road yang unggul. Kedalaman meranduk sedalam 900mm diperkuat dengan program Wade baharu yang terdapat dalam sistem Terrain Response, yang memastikan pemandu dapat meranduk merentas air dengan yakin.

Ciri Adaptive Dynamic pada Suspensi Udara Elekronik membolehkan pelanggan mendapatkan karekter pemanduan yang tersendiri. Sistem peredam adaptif memantau pergerakan badan Defender sehingga 500 kali sesaat dan bertindak balas hampir serta merta untuk kawalan dan keselesaan yang optimum.

Suspensi udara mentransformasi kendalian 4×4 di atas jalan dan meningkatkan keupayaan all-terrain, memberikan kelegaan jarak dari tanah 75mm untuk pemanduan off-road dan pemanduan penuh selesa melalui pelbagai permukaan. Tambahan angkatan 70mm bermakna sistem udara boleh mengangkat badan Defender sehingga 145mm bila perlu, manakala sistem Elegant Arrival, akan menurunkan badannya sehingga 40mm secara automatik untuk memudahkan pergerakan keluar masuk.

Selain itu, Kamera Keliling 3D dengan perspektif 3D baharu dan pandangan atas 360° menjadikan kawalan pemanduan lebih mudah, manakala pandangan off-road, termasuk inovasi ClearSight Ground View memberikan pemandu keyakinan merentasi pelbagai permukaan bumi.

Inovasi ClearSight cermin pandang belakang Land Rover merupakan satu lagi ciri hebat Defender. Ia memberikan pandangan tanpa halangan walaupun terdapat penumpang yang tinggi di tempat duduk belakang atau pun ruang kargo ditimbuni alatan perkhemahan, perabot atau kotak-kotak. Ia menggunakan kamera pasang belakang yang memaparkan sudut pandangan luas dari belakang kenderaan melalui cermin pandang belakang.

Dinobatkan sebagai pemenang 2021 World Car Design of the Year, Defender baharu ini begitu tersendiri sehingga ia begitu pantas dikenali dengan unjuran depan dan belakang yang minimal lantas memberikan sudut approach dan departure yang cukup baik. Pereka Land Rover telah terlebih dahulu membayangkan trademark Defender dengan memberi posisi yang kelihatan mantap, lampu bumbung Alpine dan serongan sisi bumbung, di samping mengekalkan pintu kargo belakang dengan engsel sisi dan tayar ganti dipasang di atas, yang amat dikenali.

Di dalamnya adalah ruang kabin dengan elemen struktur terdedah dan teknologi abad 21, termasuk sistem infotainmen terkini Pivi Pro yang dipadankan dengan sistem bunyi Meridian dari Britain. Ciri-ciri kemudahan lain yang ada pada Defender termasuk Head-up Display, ClearSight cermin pandang belakang dan sistem unit integrasi Click and Go yang menggabungkan aksesori tambahan, jika perlu, untuk kemudahan penumpang baris kedua untuk menyimpan bag, komputer riba atau jaket.

Ruang beban belakang 110 memberikan ciri praktikal Defender dengan kapasiti 1,075-liter. Dengan isipadu beban maksimum sehingga 2,380 liter dan muatan maksimum sehingga 900kg, Defender baharu ini setaraf dengan pendahulu ikoniknya. Model ini memberikan pilihan lima atau 5+2 tempat duduk menjadikan ia versatil sebagai kenderaan keluarga atau untuk membawa keperluan mengembara.

Harga jualan varian 2.0L 300PS bermula dari RM798,800 manakala 3.0L 400PS MHEV bermula dari RM998,800 (harga termasuk pengecualian 50% Cukai Jualan Penjana, tidak termasuk Cukai Jalan, Pendaftaran dan Insurans).

Jam tangan Land Rover Heritage bernilai RM2,288 turut diberi bersama setiap Defender yang didaftarkan pada 2021 sempena sambutan ulangtahun kerjasama Sime Darby and Land Rover yang ke-40 (sementara stok masih ada).

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.landrover.com.my. Kesemua kenderaan Land Rover didatangkan dengan program Land Rover Care meliputi waranti lima tahun, servis percuma lima tahun dan bantuan sisi jalan raya selama tiga tahun.