EDFC Active Pro + FTuned GT Series

Gabungan teknologi yang mampu menampilkan ciri lebih menggemparkan!

FTuned Racing Suspension semestinya sudah dikenali bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara sebagai pengeluar sistem suspensi untuk kenderaan baik 4 roda mahupun 2 roda. Sistem suspensi yang telah dihasilkan serta diperkenalkan oleh FTuned bukan sahaja berkualiti tetapi sentiasa menepati citarasa para pengguna baik untuk kenderaan harian mahupun bagi tujuan perlumbaan.

Tiada apa yang mustahil boleh dihasilkan oleh FTuned. Dengan kepakaran yang ada, mereka akan sentiasa memastikan para pengguna di luar sana akan mendapat kepuasan dengan setiap produk yang mereka telah hasilkan.

Bagi tujuan pembangunan dan penaik tarafan yang sebaris dengan pengeluar produk suspensi ternama dunia, FTuned Racing memperkenalkan EDFC Active Pro yang boleh dipadankan bersama sistem suspensi FTuned GT Series. Ini merupakan sesuatu yang hebat telah diperkenalkan oleh FTuned bilamana sistem suspensi GT Series ini boleh digabungkan dengan unit EDFC yang akan membantu memudahkan lagi penggunaannya.

Seperti yang sedia maklum, EDFC ini merupakan kit yang membantu para pengguna untuk melaraskan kedudukan suspensi dengan lebih mudah mengikut kesesuaian yang kita inginkan. Gabungan 2 produk ini semestinya membantu dalam usaha FTuned untuk mengembangkan lagi teknologi yang terdapat disekeliling mereka.

EDFC Active Pro ini dilengkapi dengan Electric Damping, Force Controller, Motor Kit, Signal Coverter, Power Supply Filter, EDFC Active Motor Unit dan EDFC Active GPS Kit yang pastinya akan membuatkan FTuned GT Series berfungsi dengan lebih baik serta lebih mudah untuk ditala dari dalam kenderaan. Semestinya ia merupakan produk yang berbaloi untuk dimiliki.

Jika berminat dengan produk tersebut dan ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi atau berkunjung;

F Tuned Racing Suspension
No.9, Jalan Seri Rejang 4,
Taman Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur.
No Tel : 012 – 777 0747
Emel : ftunedsuspension@gmail.com

atau

Selain itu, anda juga boleh berhubung terus menerusi laman sosial;
Facebook : https://www.facebook.com/ftuned
Instagram : https://www.instagram.com/ftunedracingsuspension/