Freaky Monster

Anak Muda Memakai Celana, Laju-Laju Hang Nk Pi Mana? Haaaaa Masokkkkkkk!

Kenapa kalau sesebuah kereta tu dah ada enjin yang cukup power, tapi owner dia tetap nk tukar enjin lain jugak? Jawapan dia adalah, suka hati dia la, duit dia! Korang sibuk pasaipa? Kahkah…

Sebenarnya, jika diikutkan secara logik akal, tak semua orang akan merasakan kesesuaian dengan apa yang dia minat. Ataupun, jika sesebuah kereta itu sesuai dengan dia, tetapi tidak cukup kuasa seperti yang dia mahukan. Terlalu banyak perkara yang boleh dijadikan punca kenapa seseorang itu akan mengubah suai kereta. Dah, tak payah fikir sampai pecah kepala. Lebih baik fikir macam mana nak mengadap Covid-19 yang tak habis-habis lagi ni.

Proton Satria GTi ni sedia maklum merupakan sebuah model dihasilkan keluaran terhad oleh Proton yang boleh dikatakan cukup berprestasi. Dengan segala pakej yang didatangkan bersama, ianya cukup menjadi rebutan pada masa itu dan hanya mampu dimiliki oleh mereka yang betul-betul ada wang. Harga masa dilancarkan boleh dikatakan agak tinggi pada zaman tersebut.

Jentera Proton Satria yang dimiliki oleh seorang jurutera ini salah seorang pemilik yang sudah terlalu bosan dengan enjin asal jentera ini yang agak tidak mampu menampilkan prestasi yang mencukupi. Oleh yang demikian, maka disumpahkan enjin asal yang n/a ini dan diganti dengan nadi yang ditambah kod turbo di belakangnya. Enjin 4G93T ini adalah diambil dari model Mitsubishi GSR yang masih dalam kapasiti yag sama tetapi mampu menghasilkan kuasa yang lebih berprestasi berbanding enjin n/a.

Dengan kepakaran daripada mekanik yang dipertanggungjawabkan, maka proses menaik taraf enjin baru ini telah dijalankan. Piston asal telah digantikan dengan piston dari model 4AGE Supercharge. Conrodnya juga menggunakan dari jenama Duratech. Kepala silinder 4G93 yang digunakan dipasangkan dengan aci sesondol Code E, manakala spring injap asal digantikan dari jenama BC.

Beberapa peralatan aftermarket yang ditambah dan menggantikan peralatan yang asal adalah Turbo AVS td05 20g, wastegate TIAL 38mm, coil K24, K20 Adapter VR, intercooler Evo 3 yang disambung dengan paip rekaan kustom, blow-off Blitz, Intake Velocity dan throttle body S90 70mm untuk sistem penyampaian bahan api, Fuel pump DW 265lph akan menghantar terus cecair pembakaran tersebut pelaras fuel regulator works stage 2 seterusnya ke rel HKS dan dipancitkan ke dalam ruangan kebuk melalu injector Subaru bersesaran 565cc.

Kotak gear GSR lengkap dengan klac Competition seterusnya menghantar kuasa ke bahagian roda. Sistem pengurusan enjin ini menjadi lebih baik dengan bantuan unit ECU Link G4. Oleh sebab tidak mempercayai sistem pemberhentian asal jentera ini, brek milik Evo 3 telah menggantikan keseluruhannya. Sistem penyerap hentak boleh laras Mines HLSH memastikan kedudukan jentera ini lebih stabil di saat kuasanya dipacu maksimum pada bila-bila masa. Tidak ada istilah selesa jika anda menaiki jentera ini.

Dalaman jentera ini masih lagi kekal dengan aksesori asal GTi. Di bahagian papan pemukanya pula dipasangkan dengan meter bacaan boost HKS, Defi ZD + controller, speed meter Pivot, dan stereng Momo yang dipadankan dengan ‘short shifter’ lengkap dengan tombol gear Ralliart.

Oleh kerana pemilik jentera ini terlalu meminati gentian karbon, maka penampilan luarnya tampak lebih menyerlah dengan penggunaan hood depan Evo 3, fender, pintu, cermin sisi, spoiler dan juga pemegang nombor plat dibaluti atau dibuat dengan bahan gentian karbon. Di bahagian atas dipasangkan dengan ‘sunroof’ 2 step dari model Mitsubishi.

Dengan kreativiti si pemilik, jentera beliau nampak cukup kemas dan ditambah keseriannya dengan padanan rim Volk Racing CE28 berukuran 16 inci dengan tayar Yokohama Advan Neova AD08R keseluruhannya.

SPESIFIKASI