Adakah anda sedar akan peningkatan prestasi berganda setiap kali mengisi minyak dengan Shell V-Power Racing? Mengorak langkah ke hadapan, Shell Malaysia memperkenalkan kempen pemasaran terbaru untuk bahan api terbaiknya, Shell V-Power, yang kini 100% membersih bahagian enjin kritikal bagi meningkatkan prestasi enjin anda, setiap kali isian, pemanduan demi pemanduan.
Dengan pengalaman lebih seabad dalam inovasi bahan api, formulasi terkini Shell V-Power Racing tampil dengan prestasi dan kecekapan yang tiada tandingan untuk pemanduan yang lebih menyeronokkan.
“Shell terus mengukuhkan kepimpinan kami dalam pembuatan bahan api premium menerusi formula termaju bahan api terbaik kami, ini mengukuhkan lagi komitmen berterusan kami dalam memenuhi permintaan bahan api berkualiti tinggi yang semakin meningkat selari dengan jangkaan pelanggan yang sentiasa berubah. Shell V-Power Racing kami direka melangkaui bahan api konvensional untuk memaksimumkan prestasi enjin dan memanjangkan keseronokan pemanduan di atas jalan raya dengan setiap isian,” kata Seow Lee Ming, Pengurus Besar, Mobiliti Malaysia.
“Dengan saiz yang lebih kecil, enjin moden kini cenderung mendedahkan bahan api kepada keadaan operasi yang lebih sukar di mana kotoran boleh terkumpul. Shell V-Power Racing kami direka untuk berfungsi dengan lebih berkesan dalam keadaan seperti ini. Selain daripada membersihkan 100% bahagian kritkal enjin, ia turut memperbaharui sehingga 100% prestasi enjin anda untuk terus beroperasi seperti baharu.”
Kini boleh didapati di semua stesen Shell yang mengambil bahagian di seluruh negara. Shell V-Power Racing merupakan komitmen Shell terhadap rangkaian jenama bahan api dan pengalaman runcitnya yang semakin berkembang pesat, menawarkan pengalaman terbaik untuk setiap pelanggan. Bahan api terbaik Shell kini:
-Memberi 3.93% lebih kuasa, 3.69% pecutan lebih cepat
-Memperbaharui sehingga 100% prestasi enjin anda, dan merupakan
-Satu-satunya bahan api yang digunakan, disyorkan dan dipercayai oleh Scuderia Ferrari
Berucap di Festival FOCM 2024 anjuran Kelab Pemilik Kereta Ferrari Malaysia yang berlangsung baru-baru ini, Lee Ming berkata, “Menerusi kerjasama kami bersama Scuderia Ferrari dalam keadaan ekstrem di litar lumba, di mana Shell V-Power Racing kami merupakan satu-satunya bahan api yang disyorkan oleh pasukan yang telah memenangi pelbagai kejohanan, kami memanfaatkan usahasama ini dengan mengaplikasikan kepada bahan api yang ditawarkan kepada pelanggan di jalan raya.”
Dikuasakan oleh Shell V-Power Racing, Festival FOCM 2024 merupakan perhimpunan Ferrari terbesar di Malaysia menghimpunkan sebanyak 297 kereta Ferrari untuk bersama-sama meraikan warisan sejarah enjin paling berprestij di dunia.
Singgah di stesen Shell berhampiran dengan anda dan tekan Shell App untuk menikmati lebih banyak faedah dan mata ganjaran di sepanjang perjalanan. Lebih banyak anda mengisi, lebih banyak faedah yang anda peroleh.
Layari www.shell.com.my untuk maklumat lanjut.