Fleksibiliti yang ditambahbaik dan keselesaan pemanduan, kini dibuka untuk tempahan

Perodua secara rasmi menerima tempahan untuk Perodua Alza Serba Baharu yang menggantikan pendahulunya dengan penambahbaikan ketara dari segi keselesaan pemanduan dan lebih versatil.

Dengan harga tentatif antara RM62,000 dan RM75,000 (harga di Malaysia Barat, tanpa insuran dan tidak termasuk cukai jualan), Perodua Alza Serba Baharu menyediakan ruang yang lebih luas untuk penumpangnya dan pada masa yang sama meningkatkan kestabilan pemanduan kerana kenderaan pelbagai guna (MPV) itu direka khusus untuk pemandu dan jalan raya Malaysia.

Tersedia dalam tiga varian, X, H dan AV; Perodua Alza Serba Baharu didatangkan dalam 5 warna: Ivory White, Glittering Silver, Garnet Red, Elegant Black (BAHARU) dan Vintage Brown (BAHARU).

“Kami mengambil masa dalam merekabentuk model baharu ini kerana kami benar-benar ingin memahami kehendak para pelanggan kami, dan Perodua Alza Serba Baharu disasarkan untuk memenuhi permintaan itu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Salah satu daripada permintaan mereka adalah pengalaman pemanduan yang lebih baik, dan untuk itu, kami telah menambahbaik Ground Clearance Perodua Alza Serba Baharu kepada 160mm yang mana pada penilaian kami, ianya adalah ketinggian terbaik untuk pemanduan Malaysia yang menyenangkan untuk sebuah MPV,” katanya berkata.

Dato’ Zainal berkata Perodua Alza Serba Baharu mempunyai ruang yang lebih besar berbanding pendahulunya, terutama sekali di barisan ketiga ruangan kenderaan serta unit penyaman udara bahagian belakang.

“Selain itu, potensi kecekapan bahan api Perodua Alza Serba Baharu juga telah dipertingkatkan sehingga 22KM seliter, yang juga antara yang terbaik dalam kelasnya (MPV),” kata beliau.

Untuk ruang penyimpanan, Perodua Alza Serba Baharu mempunyai kapasiti bagasi sebanyak 137 liter, dan 498 liter jika tempat duduk barisan ketiga dilipatkan.

Perodua Alza Serba Baharu turut didatangkan dengan suit Perodua Smart Drive Assist (PSDA), yang boleh dibahagikan kepada empat kategori; Bantuan Keselamatan Termaju (ASA), Bantuan Pemandu, Bantuan Tempat Letak Kereta dan Bantuan Lampu Hadapan.

“Perubahan model penuh ini mewakili usaha terbaik kami setakat ini dari segi penawaran produk kerana ciri yang disertakan adalah yang terbaik dalam kategori harganya,” kata Dato’ Zainal.

Ciri-ciri terkini bagi model Perodua termasuk Pandangan Panoramik 360⁰, Brek Letak Kereta Elektronik dengan Pegangan Brek Auto, Brek Cakera Belakang dan Mod Pemanduan Baharu: Normal, Eko dan Kuasa.

Antara ciri keselamatan standard model baharu ini termasuk 6 beg udara, ABS dengan EBD, kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dengan bantuan brek dan sensor belakang untuk membantu meletakkan kereta.

Selain itu, Perodua Alza Serba Baharu menyeragamkan ciri Advanced Safety Assist” atau ASA dalam semua varian. Ini termasuk; Pre-collision Warning, Pre-Collision Assist Brake (untuk kenderaan dan pejalan kaki), Mis-pedal Operational Control dan Front Departure Alert.

Semua varian juga mempunyai sistem Lane Departure Warning dan Lane Departure Prevention. Sebagai bonus tambahan, semua varian juga akan dilengkapi dengan fungsi Leaving Home Headlamp Assist dan Hill-start Assist.

Para pelanggan dialu-alukan untuk mengunjungi mana-mana daripada 188 bilik pameran jualan Perodua di seluruh negara atau layari laman web rasminya untuk maklumat lanjut.

– Tamat