Edisi Terhad Shadow, Dijual Pada Harga Yang Sangat Tinggi

Suzuki generasi baharu telah diperkenalkan di India pada awal tahun ini tetapi model yang dikemaskini itu tiada di Australia di mana Suzuki berhasrat untuk menghentikan hatchback kecil. Sebagai ucapan selamat tinggal kepada plat nama itu, Suzuki Baleno Shadow edisi terhad dengan gaya yang lebih gelap serta harga lebih tinggi bakal tiba di sana.

Dari sudut kelengkapan, Baleno Shadow ini berada di tengah-tengah model barisan kereta Australia. Apa yang menarik, harganya bermula dari $18,718 USD (RM83,812.61) menjadikan ia $4,804 USD (RM21,510.62) lebih mahal dari GL entry-level dan $2,367 USD (RM10,598.79) lebih tinggi daripada flagship GLX.

Ciri-ciri menarik yang ditawarkan edisi istimewa ini dapat dilihat dari bampar yang diwarnakan hitam, sil sisi dipanjangkan, decal berwarna hitam, lencana Shadow, rim aloi 16-inci juga berwarna hitam. Kesemua ciri-ciri ini hanya boleh digabungkan samada eksterior berwarna Arctic White ataupun Premium Silver Metallic.

Peliknya, Baleno Shadow ini tidak dilengkapkan dengan lampu utama LED GLX tetapi didatangkan dengan unit halogen dari spesifikasi asas GL. Ia juga tidak dilengkapi dengan kawalan iklim auto yang didatangkan pada GLX. Sekurang-kurangnya, model standardnya didatangkan dengan infotainment skrin sesentuh 9 inci, kamera undur dan sistem audio 6-speaker.

Bagi menguasakan kereta ini, Suzuki memasang enjin petrol 4-silinder 1.4 liter (NA) yang menghasilkan 91hp (68 kW / 92 PS) dan tork 130 Nm (96 lb-ft). Hanya ini sahaja pilihan Baleno yang ditawarkan kepada pasaran Australia. Bagi Shadow pula, ia dipadankan dengan kotak gear automatik 4-kelajuan di mana kuasanya dihantar ke axle bahagian hadapan.

Sumber : carscoops