Edisi Istimewa, Inspirasi Dari Megane Terbaharu

Renault telah melancarkan edisi istimewa E-Tech untuk versi elektrik Clio Captur, Arkana dan Megane (hatchback dan estate) dengan gaya yang diinspirasikan oleh Megane E-Tech. Sementara itu, edisi istimewa Megane generasi lama diinspirasikan oleh pengganti EV yang kedengaran agak pelik, persamaan di antara kesemua model terpilih ialah powertrain elektrik.

Lebih spesifik lagi, edisi istimewa ini disediakan untuk pengecasan sendiri varian E-Tech Hybrid Clio, Captur dan Arkana, dan untuk varian E-Tech Plug-In Hybrid untuk Captur dan Megane (Hatchback dan Estate).Model ini mempunyai kelebihan dari aksen Warm Titanium di bahagian bampar hadapan, diffuser belakang, paip ekzos begitu juga label istimewa di bahagian fender hadapan dan sepadan dengan lencana E-tech pada bahagian tailgate.

Emblem Renault dan perkataannya di bahagian belakang didatang dengan warna hitam, seperti juga grille dan juga bampar. Rim aloi lima jejari menyerlahkan lagi penampilannya yang lebih sporty dengan jejalur Warm Titanium. Kalau dilihat pada imej yang disediakan, kesemuanya berwarna kelabu di bahagian luarnya tetapi menurut Renault, ia didatangkan dalam pelbagai warna.

Di bahagian kabin, terdapat jahitan Warm Titanium pada tempat duduk, pintu dan juga stereng, sepadan dengan elemen yang ada pada dashboard. Stereng juga dilengkapi dengan huruf E dan pintunya E-Tech Engineered. Edisi istimewa E-Tech untuk Clio, Arkana, dan Megane telah pun dipasarkan di Perancis yang bakal diikuti pula oleh Captur tidak lama lagi.

Sumber : Carscoops