Edisi Istimewa Dan Terhad Untuk Wanita Pertama Berentap Dalam F1

Maserati telah memperkenalkan EV pertamanya dalam bentuk GranTurismo baharu dan menyertai barisan produk yang sudah pun kukuh dan mendapat sambutan dari syarikat itu. Pengeluar Itali ini mengumumkan dua model baharu FTributo Special Edition – Ghibli dan juga Levante. Kereta FTributo ini merupakan dedikasi dan penghargaan kepada Maria Teresa De Filippis, pelumba wanita pertama yang layak untuk Formula 1 Grand Prix – dan beliau melakukannya menggunakan Maserati 250F.

Maserati turut menawarkan FTributo Ghibli dan Levante siri terhad dalam warna Arancio Devil Orange atau Grigio Lamiera Gray. Syarikat ini akan memadangkan warna jingga dengan Cobalt Blue, yang mana dapat dilihat pada rim, lencana atau logo FTributo pada fender badge dan juga trident pada C-pillar. Kedua-duanya berwarna jingga pada kereta yang diwarnakan kelabu pada bahagian eksterior.

Levante FTributo dilengkapi dengan rim 21-inch Anteo, manakala Ghibli pula menggunakan rim 21-inci Titano. Kereta berwarna jingga akan dikenakan dengan rim berwarna Grigio Opaco, manakala untuk model kelabu dikenakan dengan warna glossy black.

Bahagian dalam pula, Maserati melengkapkan bahagian kabin dengan warna Cobalt Blue dan jahitan berwarna jingga. Kemudian, dipadankan dengan kombinasi warna hitam atau jingga dan kulit PienoFiore penuh. Sebelum menjadi wanita pertama yang bertanding dalam Formula 1, De Filippis yang digelar dengan nama “The She-Devil,” mendapat tempat kesembilan secara keseluruhan dan tempat keempat dalam kelas 2.0-liter untuk 39th Targa Florio yang diadakan pada Oktober 1955.

Beliau mengemudi sebuah Maserati A6GCS bersama-sama Luigi Bellucci. Pada tahun 1958, beliau sekali lagi berlumba dalam F1 dengan menggunakan Maserati sekali lagi.

Sumber : Maserati / Motor1