Suatu masa dahulu, jika diimbau kembali semasa zaman kegemilangan Honda, ianya merupakan satu kehebatan bagi seorang pemilik jentera tersebut. Dengan pelbagai model yang ketika itu menjadi idaman dan kegilaan, mereka semua sanggup berhabis demi melempiaskan nafsu luar biasa.
Jika di arena perlumbaan pula, nama-nama seperti Avantech, Wan Conggo dan ramai lagi yang terkenal ketika itu, mereka pasti akan sentiasa memeriahkan acara perlumbaan drag yang sememangnya banyak diadakan oleh para penganjur. Itulah masanya untuk mereka membina dan memperkenalkan kehebatan masing-masing di atas litar lumba.
Untuk masa sekarang, sedikit berbeza dengan yang dahulu. Kini banyak jentera-jentera hebat semuanya dibina demi untuk kepuasan bukan untuk dihenyak di atas jalan. Ada segelintir sahaja yang benar-benar berani beraksi di atas jalan raya, namun selebihnya kini lebih sayangkan jentera mereka. Tapi tak mengapa, ianya juga dapat mengurangkan permasalahan dan menghindarkan gejala tidak sihat di kalangan generasi kita sekarang.
Honda Civic EK 4 pintu ini dahulunya antara kereta panas yang menjadi pilihan untuk dimodifikasi. Dengan reka bentuk badannya yang ternyata tampak tegap segenapnya, ianya bukan satu pilihan yang salah untuk dijadikan permainan. Asalnya, jentera ini Cuma dilengkapi dengan sebuah enjin D16 Singlecam automatik sahaja. Boring, kan? Namun dengan sejumlah wang yang ada, pemiliknya telah mengambil keputusan untuk disumpahkan kepada enjin B18C Type R!
Walaupun sekadar enjin terpakai, tapi kena tahu, semua spesifikasinya adalah yang baru. Kepala silindernya digantikan dari model B16B. Kenapa? Kenalah tanya pomen. Selain itu, beberapa peralatan lain turut kelihatan pada enjin ini pelbagai peralatan dari model Type R antaranya intake, throttle body, fuel pump, injector dan fuel rail.
Untuk lebih menarik, aksesori dari Spoon juga tidak ketinggalan untuk digunakan seperti yang dapat dilihat adalah hos radiator, penutup minyak enjin, penutup radiator serta strut bar. Wiring dan juga hos aircond semestinya telah disusun dan disorokkan bagi memastikan enjin ini kelihatan sangat kemas. Sistem ekzos yang bakal belanja telinga anda pastinya dari Proracer.
Kuasa yang terhasil dari enjin akan disampaikan ke bahagian roda melalui kotak gear milik B16B Type R. Segala ramuannya telah diadun sebaiknya oleh si pomen untuk memastikan enjin ini mampu menampilkan kuasa luar biasanya.Bagi memastikan kedudukan jentera ini sentiasa seimbang dan tidak terganggu semasa sedang dipacu, keseluruhan penjuru jentera ini dipakaikan dengan set suspensi boleh laras Tein Flex HLSH dan dibantu pula dengan penggunaan lower arm, upper arm dan juga chamber kit dari jenama Hardrace.
Untuk pemberhentian, kaliper Spoon semestinya pilihan yang sangat bijak digabungkan bersama pelapik tahan panas dari Endless yang bakal melekat sempurna pada rotor milik model Type R.
Tempat duduk milik EK9 dipakaikan di bahagian hadapan manakala di belakangnya milik EK4 tahun 2000. Doortrim dan juga tali pinggang keledarnya pula menggunakan milik Virs. Papan pemuka utamanya dari model Wagon serta beberapa peralatan lain seperti consol gear, suis power window, perehat lengan tengah yang mana kebanyakkannya dibuat dari bahan gentian karbon.
Penampilan luar tampak hebat dengan salinan kit badan Virs. Cermin belakang juga dilengkapi dengan sistem wiper dari Spoon. Hood depannya juga asli dari Spoon. Beberapa aksesori asli yang lain juga telah diganti dan ditambah antaranya lampu belakang Albino, parking pole dan visor sunroof flip. Akhir sekali, rim TE37 beserta tayar Yokohama Advan Neova AD08R diikat megah pada keseluruhan jentera ini. Cukup hebat dan bergaya. Ada lagi nak tambah apa-apa?
Spesifikasi
Kereta : Honda Civic EK 4
Modifikasi Enjin : B18C Type R, head B16B 2000, intake Type R, throttle body Type R, fuel pump Type R, injector Type R, fuel rail Type R, coil on plug “COP”, power stereng electric “EPS”, Spoon concept kuning biru, hose radiator Spoon, oil cap Spoon, radiator cap Spoon, strut bar Spoon, radiator Sard DC2, top fuel EK9 Type R, extractor Zero Fighter, wiring tuck, aircond pipe tuck, ekzos Proracer
Transmisi / Gearbox : B16B TypeR
Elektronik / ECU : –
Suspensi & Cesi : Tein Flex HLSH, lower arm Hardrace, upper arm Hardrace, chamber kit Hardrace
Brek : Caliper Spoon, pad Endless, rotor TypeR
Roda & Tayar : TE37, Yokohama AD08R
Dalaman : Seat Recaro EK9, carpet EK9, doortrim Virs, seatbelt Virs, seat belakang EK4 2000, dashboard Wagon, climate cf Wagon, console gear cf Orthia Wagon, suis power window cf Wagon, meter S2K AP1, Defi Mugen, amrest Wagon slide fullblack, stereng Spoon, column stereng light, door twiter EK4, padel EK9 rx, auto light sensor, knob gear & kain gear TypeR
Luaran : Bodypart Virs, cermin EK4 depan & belakang, cermin wiper blkg, sunroof EK4, hood Spoon, lampu belakang Albino, parking pole, wiper Spoon, sunroof visor flip.
Bengkel & Tuner : Man EK Autopart
Owner : Mohd Lokman Mohamad (FB : Man EK)