Diundi Oleh Rakyat Malaysia, Ford Raih Kategori Automotif Bagi Putra Aria Brand Awards 2022

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia baru-baru ini meraih anugerah perak bagi jenama automotif pilihan ramai dalam Putra Aria Brand Awards 2022 — yang merupakan lanjutan daripada Putra Brand Awards yang sangat dikenali sebelum ini.

Anugerah ini ditentukan melalui kaji selidik pengguna di seluruh negara untuk mengenal pasti jenama kegemaran Malaysia bagi 24 kategori berasingan. Kaji selidik berkenaan dijalankan dan dinilai berdasarkan kaedah kajian menyeluruh oleh syarikat kajian antarabangsa IPSOS.

“Kami berbesar hati dinobatkan sebagai penerima anugerah pilihan ramai di bawah Putra Brand Awards yang berprestij. Terima kasih kepada semua warga Malaysia yang telah memilih Ford sebagai jenama pilihan mereka dalam kategori automotif. Kami akan kekal komited untuk memberikan sebuah pengalaman jenama yang menyeluruh serta layanan khidmat pelanggan bertaraf dunia kepada semua pelanggan Ford,” ujar Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair.

Putra Aria Brand Awards diwujudkan pada 2022 oleh Persatuan Agen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk melayani secara cekap dan meliputi lingkungan pemasaran dengan memberi perhatian kepada usaha penjenamaan dalam semua segmen. Dinilai melalui perkembangan pilihan pengguna, anugerah ini mensasarkan untuk mengiktiraf kecemerlangan jenama dalam memberikan kesan dan memperkukuh kehadiran mereka dalam pasaran.

Lebih daripada 25,000 maklum balas pengguna telah diterima sepanjang lapan minggu kaji selidik berkenaan dijalankan, dari hujung September hingga pertengahan November 2022. Responden bagi kaji selidik ini menilai semua jenama terlibat berdasarkan enam kriteria: kebiasaan mereka dengan jenama, pengalaman mereka dengan jenama, tanggapan mereka tentang jenama, hasrat untuk pembelian, jenama pilihan terpaksa, dan jenama yang akan mereka cadangkan kepada rakan dan keluarga.

Putra Aria Brand Awards merupakan satu daripada dua pengiktirafan yang disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA), Persatuan Pakar Media (MSA) dan Persatuan Digital Malaysia (MDA).

IPSOS adalah pelopor peringkat global bagi kaji selidik pasaran yang menerapkan pengetahuan terbaik dalam sains dan teknologi, serta melaksanakan prinsip keselamatan, keringkasan, kepantasan dan pengisian ke dalam semua perkara yang dilakukan.