Diubahsuai Sebagai EV, Bakal Dipamerkan Di Milan

Pengeluar automotif British dan pereka ikonik Paul Smith kembali bekerjasama untuk sebuah lagi projek baharu yang dinamakan sebagai Mini Recharged. Projek ubah suai semula kereta klasik tahun 1998, Mini Paul Smith Edition yang mengambil kira tentang apa yang sedia ada tetapi juga memberikan penampilan lebih agresif untuk masa depan.

Prototaip terhad Mini Paul Smith Edition tahun 1998 dibersihkan semula (hanya ada 1,800 unit), Smith mahu mengekalkan etologi rekaan asal Mini untuk projek ini. Gaya Sir Alec Issigonis yang ada pada pintu kekal tidak disentuh, membuatkan Mini Recharged ini tampil klasik.

Bagaimanapun, sebagai sebuah Mini Paul Smith Edition, EV ini didatangkan dengan warna biru cerah yang dikatakan diambil dari warna baju kegemaran Smith. Manakala kotak baterinya pula berwarna limau hijau yang mengingatkan kepada warna palet zaman 1990’an.

Bak kata Sir Paul Smith, “bila berpindah ke rumah makcik yang lama, anda tidak boleh ubah apa-apa sebab ada rasa hormat tetapi tak salah kalau buat sedikit sesuatu yang baharu.”

Di bahagian dalam, Mini Recharged ini diberikan sentuhan minimal Mini Strip yang dipersembahkan di Munich tahun lepas. Konsep ini juga adalah hasil rekaan Paul Smith. Kerangka badan Mini dikekalkan tidak disentuh dengan hanya pengalas lantai yang diperbuat dari getah kitar semula di atas bahagian metalnya.

Terdapat magnet berhampiran stereng untuk memudahkan pemandu meletakkan telefon pintar, menggantikan semua butang atas dashboard kecuali untuk speedometer. Paling menarik, anda boleh mencabut keluar stereng untuk memudahkan keluar dan masuk.

Manakala, penukaran kepada EV telah diuruskan oleh pasukan jurutera dari ‘Recharged Heritage Limited,’ yang memasang motor elektrik 72kW. Namun, tiada anggaran tepat dikeluarkan untuk EV ini. Mini Recharged oleh Paul Smith ini akan dipamerkan di Salone del Mobile 2022 di Mila, bersama-sama Mini Strip.

Sumber : Motor1