Jika BMW mempunyai siri M, Hyundai pula ada N. Divisyen prestasi tinggi dari pengeluar Korea ini telah menjadi tajuk berita bulan lalu dengan mendedahkan dua konsepdan juga pengumuman versi produksi Ioniq 5 yang dijangka tiba pada tahun 2023. Kini, Hyundai berkongsi satu lagi berita menerusi akaun Instagram yang melibatkan model N.
Baru-baru ini, Hyundai melancarkan model mini untuk kereta N. Didedahkan tanpa sebarang informasi, model N ini terdiri daripada Kona N dan Elantra N. Kedua-dua model dikeluarkan dalam dua warna pilihan setiap satu. Namun, informasi lebih lanjut hanya dapat dikongsi apabila ianya benar-benar dilancarkan secara rasmi kelak.
Apa yang menarik, Veloster N tidak terlibat seperti yang dilontarkan para pengikut yang mengikuti media sosial Hyundai ini. Menurut Motor1, ia ada sebab tertentu. Hyundai telah mengumumkan penamatan model Veloster N ini pada Jun lalu. Ia juga tidak disenaraikan dalam barisan model 2023 kerana memberi laluan kepada model SUV termasuk Venue.
Sumber : Motor1