Ditampilkan Buat Pertama Kali Di Jepun Dengan Warna Oren

Toyota Gazoo melancarkan edisi istimewa GR86 untuk pasaran Jepun, meraikan ulang tahun ke-10 sejak sportscar GT86 diperkenalkan. Edisi terhad ulang tahun ke-10 Toyota GR86 RZ ini didatangkan dengan sentuhan istimewa dalam dan luar, bertema oren untuk membezakannya dengan edisi terhad ulangtahun ke-10 Subaru BRZ yang didatangkan dalam warna biru.

Toyota GR86 istimewa ini berasaskan kemasan RZ dan eksklusif dalam warna oren berapi, mengingatkan kepada warna asal 86. Rim aloi 18 inci dengan kemasan warna hitam, penutup cermin yang sepadan dengan aksen pada bampar. Terdapat juga pelekat “10th-anniversary since 2012” di cermin belakang.

Liveri oren Toyota ini tampil kontras dengan liveri biru Subaru. Edisi ulangtahun kedua-dua sportcar ini membuatkan sesiapa yang memandangnya nostalgik tentang permainan video Tekken, di mana wataknya berpakaian dua warna berbeza jika dipilih kedua-dua pemain.

Tema yang sama digunakan di bahagian dalam kabin dengan oren untuk riben di bahagian tempat duduk, jahitan oren di kerusi, stereng, brek tangan dan pintu di mana upholstery dari kulit. Selain itu, tenunan ulangtahun pada pintu dan aksen hitam pada dashboard.

Kereta ini dikuasakan oleh enjin aspirasi 2.4 liter yang menghasilkan 232hp (173 kW / 235 PS) dan tork 250 Nm (184.4 lb-ft) seperti semua GR86 dan BRZ dalam spesifikasi JDM. Kuasa dihantar ke belakang menerusi axle samada transmisi manual 6-kelajuan atau kotak gear automatik 6-kelajuan.

Toyota mula membuka tempahan untuk edisi istimewa terhad ulang tahun GR86 RZ dari 24 Julai sehingga 30 September menerusi laman web atau pengedar tempatan. Tidak seperti Subaru yang mengeluarkan sebanyak 200 unit sama seperti BRZ. Toyota Jepun juga tidak memaklumkan berapa banyak GR86 edisi istimewa ini dikeluarkan.

Namun, GR86 RZ edisi ulang tahun ke-10 edisi terhad ini dikatakan lebih mahal berbanding Subaru dengan harga bermula dari $25,433 (RM113,119.38) untuk varian manual dan dari $26,629 (RM118,438.88) untuk automatik.

Sumber : Carscoops