Direstorasi Penuh, Kini Harganya Mencecah Angka 6 Digit!

Tidak dinafikan, kereta-kereta klasik sering menjadi pilihan para penggemar modifikasi dan restorasi kereta retro di Malaysia. Sekiranya anda sebahagian dari golongan ini, pastinya Datsun 240Z keluaran tahun 1971 ini berjaya mencuri perhatian. Asalnya, Datsun 240Z ini dihantar ke Los Angeles untuk pameran di Malamut Auto Muzium sekitar tahun 2002, selepas kematian pemilik pertamanya. Kemudian, ia telah dibeli oleh pemilik terbaharunya yang membeli model kereta ini sejak 3 tahun lepas.

Dilayangkan dengan warna Monte Carlo Red dan dihiasi jalur putih di bahagian bawahnya, ia dilengkapkan tayar 14” dengan penutup siri terawal tayar Vredestein Sprint Classic. Diikuti dengan tempat duduk upholsteri vinil hitam. Ia juga dilengkapi dengan karpet Datsun, radio AM Hitachi, tombol gear dan stereng kayu serta penghawa dingin.

Menurut informasi yang tertera pada iklan, ianya didatangkan dengan kuasa enjin 6 baris 2.4 liter yang mana bagus untuk 150HP pada 5,600 rpm dan 146 lb-ft (198 Nm) tork pada 4,400 rpm. Ia disepadankan pula dengan transmisi manual 4 kelajuan yang menghantar kuasa ke bahagian tayar belakang.

Sebagaimana yang dapat dilihat, Datsun 240Z ini telah menjalani kerja restorasi penuh dan ianya kini sedia untuk dijual dengan odometer hanya 31,000 batu (~50,000 km). Sehingga catatan ini ditulis, ianya sudah pun mencecah harga lelongan $111,000.00. Agak-agak, apa nilai bidaan yang terakhir?

Sumber – carscoops