Dilengkapi Teknologi 4D Nano serta berprestasi dalam kelasnya!

Tayar merupakan salah satu hal yang penting bagi sesebuah kenderaan. Pemilihan tayar juga amatlah penting kerana ianya bukan sahaja menyempurnakan sesebuah perjalanan tetapi turut memastikan sesebuah perjalanan itu dalam keadaan yang selesa. Disamping itu juga, selain dari cara penjagaan tayar, rekaan dan juga bahan yang digunakan untuk membina sesebuah tayar turut menjadi hal berkaitan dengan kadar ketahanan serta tahap cengkamannya di atas permukaan jalan.

Di Malaysia, ramai yang akan mementingkan harga dahulu berbanding tahap kualitinya sebelum memilih dan membeli tayar. Ada juga yang melihat dari mana tayar tersebut dihasilkan, kononnya akan melibatkan tentang kualiti yang terdapat pada sesebuah tayar tersebut.

Stamford Tyres (M) Sdn Bhd selaku pengedar tunggal tayar Falken di negara kita telah memperkenalkan tayar terbaharu iaitu Falken ZIEX ZE310R Ecorun (ZE310R) ke pasaran Malaysia pada bulan April 2021 walaupun dalam keadaan ekonomi yang agak terganggu disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Pihak MKK telah mengadakan satu temu bual melalui Zoom bersama dengan wakil dari Stamford Tyres (M) Sdn Bhd iaitu Chee Fong Moo yang bertanggungjawab terhadap tayar ZE310R. Berikut adalah antara temubual pihak MKK bersama dengan mereka.

MKK : Tayar ZE310R baru sahaja diperkenalkan di pasaran. Adakah ianya pengganti kepada FK510 ataupun mempunyai profilnya yang tersendiri? Apakah jenis kenderaan yang bersesuaian dengannya?
Stamford Tyres (STM) : Tidak. Tayar ZE310R berbeza dengan FK510 kerana ianya direka untuk kenderaan segmen B, C dan yang bersesuaian dengannya. ZE310R juga digelar sebagai “Baby FK510” kerana ianya telah dilengkapi dengan ciri-ciri serta teknologi yang terdapat tayar Azenis FK510 (UHP).

MKK : Apakah ciri-ciri yang terdapat pada ZE310R?
STM : ZE310R direka dan dibina menggunakan teknologi terbaharu dari Falken iaitu Advance 4D Nano Design. Selain itu, tayar ini juga telah diuji serta bertindak cemerlang baik di atas permukaan jalan yang kering, basah, amat selesa serta membantu kawalan sesebuah kenderaan itu dengan lebih cemerlang. Dengan Teknologi Kawalan Regangan (TCT) serta Adaptive Constant Pressure (ACP) yang turut diterapkan pada ZE310R, pastinya sesi pemanduan akan bertambah selesa dan berprestasi dengan hasil rekaan keseluruhan yang dapat menyerap segala tekanan dari luar serta jaluran tayar yang memberikan sesi pemanduan lebih stabil.

MKK : Adakah ZE310R bersedia untuk mendapatkan tempat di pasaran dan bersaing dengan beberapa model tayar lain?
STM : Seperti yang diberitahu, ZE310R memiliki keistimewaannya tersendiri. Dengan hasil rekaan terbaharu serta teknologi yang lebih moden pastinya tayar ini akan mendapat tempat di hati para penggunanya serta mampu dimiliki oleh semua pengguna. Pastinya kualiti yang telah diterapkan pada ZE310R tidak akan mengecewakan dan semestinya para pengguna juga akan merasai sendiri prestasi yang mampu dihasilkan serta ianya amat berbaloi dengan wang yang dikeluarkan oleh mereka.

MKK : Sebagai sebuah pengeluar tayar ternama di dunia, berapa lama masa yang diambil untuk mempatenkan ZE310R sehingga diperkenalkan di pasaran?
STM : Seperti yang diketahui, proses untuk mendapat hasil seperti sekarang telah bermula sejak tahun 2017 lagi. Ianya telah diuji dan di Eropah sebelum memasuki produksi dan dipasarkan kepada semua pengguna di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

MKK : Adakah tayar ZE310R telah diterapkan dengan teknologi yang terbaharu sekaligus dapat menjadi antara tayar yang terbaik di dunia?
STM : Tayar ZE310R telah direka dengan teliti serta menggunakan bahan campuran yang amat berkualiti. ZE310R merupakan model yang dihasilkan dengan teknologi Advance 4D Nano Design. Tayar ini juga memiliki gred yang sangat tinggi serta amat bersesuaian dengan keadaan cuaca di Malaysia.

MKK : Di mana tayar ini dihasilkan?
STM : Tayar ini telah dihasilkan di Thailand. Segala teknologi yang digunakan juga sama dengan tayar dihasilkan di Jepun.

MKK : Berapa saiz yang terdapat untuk ZE310R?
STM : Secara keseluruhan, ZE310R mempunyai lebih dari 80 saiz, tetapi untuk pasaran Malaysia, STM setakat ini membawa masuk sebanyak 37 saiz bermula dari 15 hingga ke 18 inci dan akan ditambah pada masa akan datang mengikut permintaan dalam pasaran di negara kita.

MKK : Berapakah harga untuk ZE310R?
STM : Harga yang ditawarkan untuk tayar ZE310R bergantung kepada saiz dan ianya masih lagi dalam keadaan terkawal serta mampu untuk dimiliki. Pihak kami juga sentiasa akan memastikan harga yang diberikan kepada para pengguna tidak membebankan serta berbaloi untuk mereka.

MKK : Setelah diuji, apakah keputusan yang telah dihasilkan oleh ZE310R?
STM : Falken memastikan rekaan yang ditampilkan pada ZE310R dapat memberikan pengalaman memandu yang hebat kepada para penggunanya. Tayar ini dapat memberikan kadar cengkaman yang sangat baik tidak kira pada keadaan jalan yang basah mahupun kering. Cengkaman semasa memberhentikannya juga adalah lebih baik jika dibandingkan dengan beberapa pesaingnya di luar sana. Kawalan kenderaan juga menjadi lebih baik di samping tahap keselesaannya juga tidak mengganggu telinga kita ketika sedang memandu.

Ternyata, ZE310R bakal menjadi tayar yang akan bersaing dengan banyak jenama di luar sana. Dengan prestasi dan ujian yang telah dijalankan, ianya akan berterusan mendapat tempat di hati para pengguna di Malaysia.

ZE310R telah dihasilkan dengan menggunakan teknologi Advance 4D Nano Design yang akan memastikan setiap tayar akan membantu dalam penjimatan bahan api, kadar cengkaman lebih cekap pada permukaan jalan serta tahan lebih lama sekaligus menjadikannya salah satu tayar yang sangat berprestasi tinggi.

Fungsi baru yang pelbagai dari SBR atau dikenali dengan Styrene Butadiene Rubber (getah sintetik) akan meningkatkan taburan silika serta titik ikatan di antara polimer. Maka, dengan setiap ujian yang dijalankan ke atasnya akan memastikan produk yang dihasilkan berada pada tahap yang sepatutnya sebelum produksi seterusnya di hantar kepada para pengguna. Dengan 4D Nano Design juga, putaran tayar menjadi lebih efisyen seterusnya Falken akan memastikan setiap pengguna bukan sahaja dapat merasai teknologi, tetapi juga dapat menempuh jarak yang lebih jauh. Yang pasti, tahap cengkaman pada permukaan kering ataupun basah adalah sangat memuaskan dan tahap cengkaman yang bertindak cemerlang.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tayar Falken, anda boleh menghubungi;
Stamford Tyres (M) Sdn Bhd
16, Jalan Jurunilai U1/20, Section U,
Hicom Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel : 03 – 5569 3094 / 03 – 5569 3397

Facebook : https://www.facebook.com/falkenmalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/falkenmalaysia/
Web : www.stamfordtyres.com.my