Dilengkapi Pelbagai Standard Baharu

Volkswagen telah pun mengemaskini model ID.4 GTX dan ID.5 GTX dengan beberapa kelengkapan standard baharu yang lain. Kemaskini yang paling signifikan pastinya pakej kelengkapan Design dan Comfort. Pakej ini menambahkan keselesaan khususnya di bahagian windscreen, tempat duduk hadapan dengan pemanas.

Bukan itu sahaja, bahagian konsol tengah pelbagai fungsi, cermin sisi dan belakang yang dipasangkan dengan filem penapis haba, dua slot USB, sistem penghawa dingin Air Care Climatronic dengan penapisan kombinasi aktif dan juga kawalan suhu dua zon.

Tidak dinafikan, banyak kemaskini yang dilakukan di bahagian kabin ID.4 GTX dan ID.5 GTX. Sebagai contoh, dashboad dan pintu kini berwarna hitam yang diserikan warna merah. Pelanggan boleh memilih tempat duduk sport premium dengan logo, seam dan juga piping merah.

Pada bahagian eksterior, kedua-duanya diwarnakan hitam pada kerangka atap, C-pillar, cermin dan juga diffuser. Rim 21-inci juga berwarna hitam. Volkswagen juga mengesahkan akan maju ke hadapan bersama model ID ini.

Namun begitu, tiada perubahan mekanikal yang dilakukan terhadap ID.4 GTX dan ID.5 GTX, kedua-duanya sudah mula dijual di Jerman dengan harga ID.4 GTX bermula dari $55,728 (RM245,352.04) dan ID.5 GTX pula bermula dari $59,077 (RM260,090.34).

Sumber : Carscoops