Dilengkapi Dengan Penambahbaik Dan Standard Terkini

Sorento adalah salah satu model keluaran Kia yang paling lama dan sangat berjaya khususnya di pasaran Amerika Syarikat. Kini, Sorento telah memasuki generasi keempat di mana model untuk tahun 2022 didatangkan dengan varian hybrid plug-in.

Selain Sorento PHEV yang dikuasakan gasolin dan varian hybrid, beberapa novelti lain untuk MY2022 turut ditambahkan pada AWD untuk Sorento Hybrid (dengan roda 19-inci untuk spesifikasi Hybrid EX). Manakala, pakej X-Line kini turut boleh didapati untuk Sorento EX dan S trim. Model-model SX-P pula akan dilengkapi dengan tempat duduk memori standard yang boleh laras.

Bahagian dalamnya pula, ianya dilengkapi dengan sistem navigasi skrin sesentuh 10.25-inci yang boleh didapati dalam semua varian Sorento standard dari S trim dan selepasnya. Terdapat dua unit kuasa yang boleh dipilih oleh pembeli; 2.5-liter GDI 4-silinder yang menghasilkan 191 hp (193 ps) dan tork 181 lb-ft (245 Nm). Seterusnya versi turbocharged dengan enjin yang sama menghasilkan 281 hp (285 ps) dan tork 311 lb-ft (421 Nm).

Bagi Sorento Hybrid, ia dikuasakan oleh enjin turbo GDI 1.6-liter yang disepadankan dengan motor 44-kW, menghasilkan 227 hp (230 ps). Manakala untuk model PHEV model ia dikuasakan oleh motor 66.9 kW yang memberikan 261 hp (264 ps). Sistem keselamatan standardnya dilengkapi Driver Attention Warning, Forward Collision Warning, Forward Collision Avoidance Assist, Lane Follow Assist, Leading Vehicle Departure Alert dan Rear Cross Traffic Collision Warning.

Sumber : Autoevolution