Dilengkapi Aksesori Tambahan Dengan FWD Untuk Pasaan Jepun

Terdapat satu tanggapan yang salah tentang Subaru, semua modelnya dilengkapi dengan AWD di seluruh dunia kecuali untuk BRZ. Tanggapan ini kurang tepat kerana di Jepun, kereta kompak didatangkan dengan FWD. Crossover Rex yang lebih besar dan diperkenalkan pada November lalu juga menghantarkan kuasa ke axle di bahagian hadapan, begitu juga dengan Crosstrek yang didedahkan pada pertengahan September lalu.

Dahulunya dikenali sebagai XV di beberapa buah pasaran, crossover kecil ini menerima model asas TWD (two-wheel-drive) di pasaran domestik. Spesifikasi JDM untuk Crosstrek ini telah pun dijual bulan lalu dengan memberikan pilihan kepada pelanggan di antara FWD dan juga AWD.

Model generasi ketiga ini dikuasakan oleh enjin gasolin NA (naturally aspirated) 2.0 liter yang menghasilkan 145hp (107kW) pada 6,000 rpm dan tork 188Nm dari 4,000 rpm. Sebuah motor elektrik menambah sebanyak 13 hp (10 kW) dan 65 Nm.

Namun begitu, jumlah prestasi masih belum dikongsikan tetapi ia tidak menjadi masalah khususnya kepada pelanggan tegarnya. Crosstrek 2023 ini mempunyai ketinggian hampir lapan inci untuk ground clearance. Beratnya pula di antara 1,540 sehingga 1,620 kg bergantung kepada kemasan, FWD atau AWD dan juga kelengkapan tambahan pilihan.

Buat masa ini, masih tida trenkuasa lain tetapi ia bukan sesuatu yang menghairankan jika varian US-spec hanya ditawarkan dalam setup gas. Dalam fesyen JDM yang tipikal, Subaru menawarkan pelbagai pilihan aksesori.

Sumber : Motor1