Akhirnya, peminat gear manual sudah boleh menarik nafas lega dengan Toyota Supra. Model tahun 2023 sudah tiba dan dilengkapi dengan pedal klac. Sebelum memasuki bahagian kabin, anda boleh beritahu ianya model 6MT dengan perkataan Supra berwarna merah pada bampar belakang. Dikatakan sebagai pembangunan baharu, gearbox DIY ini menerima enjin 3.0 liter yang dipinjam dari pengeluar Jerman.
Toyota melabelkan ia sebagai “intelligent Manual Transmission” (iMT) menampilkan perisian untuk mengutamakan prestasi. Bagaimana ia berfungsi? Tork enjin akan dioptimakan apabila anda menekan dan melepaskan pedal klac. Anda akan mendapat “Consistent performance” apabila menurunkan gear tetapi boleh mematikan iMT dengan mengaktifkan mode Sport.
Sementara Supra automatik mempunyai ratio pemanduan akhir 3.15, ia telah dipendekkan untuk varian manual baharu kepada 3.46 bagi mendapatkan pemecutan yang lebih baik. Toyota juga menjelaskan tentang tombol gear yang hanya seberat 200g dan mempunyai ratio tuil yang dibina untuk mengurangkan tenaga menukar gear.
Bagi Supra manual, unit konsol dan lokasi mode pemanduan ditukar untuk memberikan 1.7-inci ruang di antara butang dan juga tombol gear. Sebagaimana yang diketahui, 6MT hanya ada enjin 6-silinder kerana model 4-pot masih lagi hanya untuk automatik. Anda boleh mendapatkan 3 pedal dalam 3.0 dan dalam trim 3.0 Premium yang juga menawarkan pilihan automatik.
Versi A91-MT baharu untuk tahun 2023 didatangkan secara eksklusif fengan manual dan mempunyai semua barang-barang untuk Premium tetapi dengan upholstery kulit Cognac dan tombol gear dibalut Alcantara. Model istimewa ini terhad kepada 500 buah unit yang dicatkan samada dengan warna CU Later Gray atau Matte White. Buat masa ini, A91-MT hanya boleh didapati di pasaran US. Ia juga dilengkapi dengan 12-speaker JBL baharu yang ditawarkan sebagai standard untuk trim Premium.
Toyota akan tiba kemudian atau mungkin lewat tahun ini dengan harga yang bakal diumumkan tidak lama lagi.
Sumber : motor1