Dibina semula sepenuhnya, tampil lebih moden

Theon Design menghasilkan beberapa restomod untuk Porsche 964 dan mengeluarkan projek terbaharu mereka. Ia dinamakan sebagai BEL001 dan tidak seperti kereta lain kerana enjin air-cooled flat-six tetapi juga dilengkapi dengan pengecas Rotex, menghasilkan sehingga 450hp dan tork 369 lb-ft (500 Nm).

Beberapa modifikasi teknikal lain, mengubah kereta standard 964 ini secara seluruhnya. Sebagai contoh, ianya dimuatkan dengan set peredam adatif yang dibangunkan dengan TracTive, lengkap bersama mode terpilih.

Manakala setup suspensinya telah dibina berhampiran fasiliti Theon Design di Oxfordshire. Sebagaimana restomod 964 lain dari Theon Design, kereta ini dibongkar sepenuhnya dan dibina semula. Ianya dicat dengan warna Aquamarine dan dapat dilihat decal berwarna kuning, brek kaliper kuning dan juga rim emas.

Sumber : Carscoops