Detik Permulaan Kisah GT-R?

Sebagaimana yang diketahui, R32 Skyline GT-R merupakan sebuah ikon sehingga syarikat tersebut mengumumkan proses restorasi bernilai $400k sekali gus memberi kelebihan kepada peminat berstatus ‘kayangan’ untuk membeli model baru ini yang dikeluarkan buat pertama kalinya pada tahun 1989. Sementara kereta 1998 dengan turbocharged power dan 4WD ini dianggap sebagai permulaan si lagenda GT-R, sebenarnya usianya jauh lebih tua.

Menurut Carscoops, ia sudah berusia sekitar 20 tahun. Secara teknikalnya, versi coupe Hakosuka Skyline ini adalah generasi kedua GT-R yang dilancarkan pada tahun 1971, beberapa tahun di belakang sedan 4-pintu. Namun begitu, coupe ini lebih diminati dan menjadi kegilaan ramai. Salah satu contohnya adalah Skyline tahun 1972 ini dengan catatan 130,000km tetapi masih kelihatan anggun!

Cat putih yang dilayangkan ke atasnya sebenarnya masih baru. Menurut penjualnya, kereta ini tidak pernah mengalami sebarang kemalangan. Tiada turbo atau 4WD pada GT-R ini dan stereng 4 roda hanya akan diperolehi apabila 160hp dikuasakan dari enjin S20 straight six 2.0 liter dan membumikannya menerusi cengkaman rendah tayar belakang Michelin Energy.

Roda stok besi ini kelihatan sangat janggal di bawah fender extension dan seakan meminta untuk ditukar dengan tayar lebih mantap, yang sesuai digunakan di atas trak lumba. Sebaik melihat keadaannya, kereta tidak akan merasa berada di atas litar sepanjang hayatnya selepas ini.

Menurut Carscoops lagi, Nissan hanya membina sebanyak 1113 unit coupe KPGC10 GT-R dan jarang ditemui untuk dijual. Pada tahun 2014, model kereta yang sama dijual pada harga $242,000 (RM995,659.50). Pasti menarik untuk sama-sama kita ketahui, berapa pula harga yang dicatatkan oleh kereta ini.

Sumber : Carscoops