Demi ‘Content’, Youtuber Sanggup Buat Apa Sahaja!

Kalau anda penggemar Youtube, pastinya WhistlinDiesel bukan satu nama yang asing. Dikenali kerana sering melakukan perkara luar kotak dan pelik ke atas kenderaan, kali ini beliau pergi lebih ekstrem. Ya, pastinya anda pelik melihat Dodge Challenger Hellcat dipasangkan tayar kuda!

Tayar kuda ini telah didapatkan dari sebuah kedai istimewa dan hub yang dikimpal untuk dimuatkan kepada Challenger tadi. Sebelum ini, mereka telah mencuba perkara yang sama ke mendapati aluminium mampu menampung berat Challenger ini dengan 707 hp.

Kemudian, mereka menaikkan kereta ini agar roda tadi muat. Selepas pemasangan, mereka cuba menghidupkan Hellcat ini dan mendapati bunyi yang keluar dari kereta ini agak bising dan melucukan seakan ada ikatan getah pada tayar. Kalau dilihat, jelas sekali tayar ini sangat nipis berbanding motor lain.

Kereta ini dibawa meronda beberapa lokasi termasuk kedai alat ganti termasuk pengedar Dodge semata-mata untuk melihat reaksi orang ramai. Ternyata mereka dimakbulkan kerana kereta dengan tayar koda ini benar-benar menarik perhatian.

Sumber : Carscoops