CUV Elektrik Dengan Ciri-ciri Inovatif

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan model elektrik terbaharunya, sebuah Crossover Utility Vehicle (CUV) iaitu IONIQ 5 dengan ciri-ciri inovatif sekali gus meningkatkan gaya hidup mobiliti elektrik di Malaysia. CUV elektrik terbaharu ini didatangkan dalam 3 varian; Lite, Plus dan Max.

Ketiga-tiga varian IONIQ 5 ini memberikan barisan yang cemerlang, pengecasan yang pantas dan juga kelajuan tertinggi pada 185km/j. Ia merupakan kenderaan elektrik (EV) kedua yang dikeluarkan di Malaysia oleh HSDM selepas kejayaan Kona Elektrik tahun lalu.

Menurut Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan berkata, Hyundai membuka jalan untuk pemilikan EV mampu milik di Malaysia. Lebih banyak barisan EV bakal dikeluarkan oleh pelbagai jenama di bawah Sime Darby Motors seiring dengan sasaran untuk bergerak ke hadapan dengan mobiliti karbon rendah dengan produk bersesuaian, servis dan juga kebolehan untuk menambah rantaian nilai automotif dalam menyokong rancangan kenderaan elektrik negara.

Manakala, menurut Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung pula berkata, IONIQ 5 mencatatkan jualan sangat baik di beberapa buah negara. Oleh demikian, HSDM yakin CUV elektrik ini juga akan mendapat tepat di kalangan pemandu di Malaysia. Tambahan pula, IONIQ 5 merupakan CUV elektrik yang seharusnya dimiliki ekoran prestasinya yang cemerlang, ciri-ciri keselamatan yang sempurna termasuk Smartsense dan pengecasan pantas.

IONIQ 5 varian Lite dan Plus (2WD) dilengkapi dengan pek bateri 58 kWh, manakala varian Max (AWD) memberikan jarak yang lebih lama dengan pek bateri 72.6 kWh. Dibina atas BEV (Battery Electric Vehicle), E-GMP (Electric-Global Modul Platform), IONIQ 5 ini menyokong kedua-dua infrastruktur pengecasan 400-V dan 800-V.

Platform ini menawarkan kemampuan pengecasan 800-V sebagai standard dengan pengecasan 400-V tanpa memerlukan komponen atau adapter tambahan. Dengan pengecas 50-kW DC, IONIQ 5 boleh dicas sehingga 10% sehingga 80% dalam masa hanya 47 minit. Sebuah pengecas standard di rumah 11kW boleh mengecas dari 0% sehingga 100% dalam masa 6.1 jam.

IONIQ 5 menawarkan rekaan interior bertema ‘Living Space’ dengan material mesra alam sekitar menerusi sentuhan, dipadankan dengan prestasi yang kukuh dengan pengecasan super pantas dan fungsi Vehicle-to-Load (V2L) yang boleh membekalkan sehingga 3.6 kW kuasa. Ia juag didatangkan dengan ketersambungan terkini serta ciri-ciri bantuan pemanduan yang memberikan pengalaman pemanduan yang lebih selamat.

Rekaan eksterior unik IONIQ 5 ini pula peningkatan dari Hyundai Pony, yang mempunyai profail wheelbase 3000mm. Pemegang pintu auto flush memberikan gaya permukaan yang bersih dan aerodynamik yang telah dipertingkatkan. Bahagian depan dan belakang kenderaan ini digabungkan di bahagian pintu-pintunya, memberikan satu lagi contoh rekaan Parametric Dynamic Hyundai.

IONIQ 5 ini boleh dimiliki pada harga bermula dari RM199,888 (bayaran di atas jalan tanpa insuran – dikenakan pengecualian duti import, cukai jualan begitu juga dengan cukai jalan seperti diumumkan dalam Budget 2022.

Jika berminat untuk memiliki IONIQ 5, anda boleh mula menempah secara atas talian menerusi platform atas talian Cl!ck to Buy (www.hyundai.com.my/clicktobuy/) atau layari mana-mana bilik pameran Hyundai berhampiran. Anda juga boleh menghubungi Customer Careline di talian 1300-13-2000 atau layari www.hyundai.com.my. Untuk lebih banyak lagi maklumat lanjut.