Cl!ck To Buy, Platform Beli Belah Atas Talian Dari Hyundai-Sime Darby

Baru-baru ini, platform beli belah atas talian Cl!ck To Buy telah diperkenalkan menerusi laman sesawangnya di www.hyundai.com.my/clicktobuy/, sekaligus memudahkan para pelanggan melihat dan membeli belah dengan cara baharu.

Dengan pelancaran platform membeli belah secara atas talian, ia membantu dan memberi peluang kepada umum untuk meninjau setiap produk yang ditawarkan dan membeli kereta idaman masing-masing dengan cukup selesa. Tambahan pula dalam PKP dan ancaman pandemik covid-19 yang masih belum reda, anda tetap boleh membeli belah tanpa perlu keluar dari rumah dan santai di ruang tamu.

Menurut Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors, Low Yuan Lung berkata, ia adalah usaha untuk membantu menghentikan penyebaran pandemik ini dan menggalakkan pelanggan kekal di rumah.

Sebaliknya, ‘membawa’ bilik pameran kepada para pelanggan yang dipenuhi pelbagai informasi tentang produk serta apa juga maklumat jual-beli yang ingin diketahui.

Terdapat pelbagai platform interaktif yang membantu pelanggan mendapatkan informasi. Wakil jualan boleh dihubungi pada bila-bila masa. Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh meninggalkan makluman diri dengan mengisi borang yang disediakan atau menghubungi talian khidmat pelanggan.

Dengan interface mesra pelanggan, Cl!ck To Buy membolehkan pelanggan mengenali model-model keluaran Hyundai, membuat tempahan pandu uji dan membayar yuran tempahan hanya dengan duduk bersantai di rumah. Yuran tempahan juga lebih rendah RM300 berbanding RM500 yang dikenakan di bilik pameran.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut produk dan servis yang ditawarkan Hyundai, hubungi Hyundai di talian 1300-13-2000 atau layari laman sesawang  www.hyundai.com.my