Walaupun berhadapan pelbagai cabaran sepanjang tahun, Chery telah berjaya menjadi pengeksport kereta penumpang paling laris dari China untuk 17 tahun berturut-turut. Pencapaian ini secara tidak langsung telah memecahkan rekod kenderaan penumpang jenama dari China dalam sebulan dengan empat bulan bilangan eksport yang melebihi 50,000 unit.
Pencapaian ini disumbangkan oleh kekuatan produk keluaran jenama Chery seperti kenderaan 7-tempat duduk Tiggo 8 Pro, kerap digunakan sebagai kenderaan untuk tetamu di negara Brazil dengan jualan meningkat kepada 171,000 unit tahun ini. Manakala Tiggo 7 Pro terjual sebanyak 146,000 unit, menduduki tempat teratas dalam segmennya di pasaran Qatar dan beberapa negara lain di Timur Tengah.