Catat Rekod Jualan 1.2 Juta Unit Pada 2022, Eksport 451,000 Unit Kenderaan Penumpang Selama 20 Tahun Berturut-turut

Setelah mencapai jualan 105,483 unit pada Disember, Chery Group telah mencipta sejarah dengan jualan global 2022 sebanyak 1,232,727 unit (+28.2% berbanding 2021), termasuk 451,337 unit di luar China (+67.7% berbanding 2021).

Ini bukan sahaja kali pertama jualan tahunan Chery telah melebihi sejuta unit, malah merupakan rekod eksport tahunan – Chery kini telah menjadi pengeksport kenderaan penumpang jenama China No 1 selama 20 tahun berturut-turut. Setakat ini, Chery mempunyai 11.2 juta pengguna global, termasuk 2.4 juta di luar China.

Chery terus membangunkan produk berdaya saing bertaraf global melalui interaksi rapat dengan pelanggannya di seluruh dunia. 2022 menyaksikan syarikat tersebut memecahkan rekod eksport bulanan sendiri sebanyak empat kali berturut-turut, dengan empat bulan di mana eksport melebihi 50,000 unit. Didorong oleh siri Tiggo 7 dan Tiggo 8, jumlah eksport kumulatif Chery kini menyumbang satu perlima daripada jumlah eksport kenderaan jenama China dalam tempoh yang sama.

Kegigihan strategik Chery dan usaha berterusan terhadap pembangunan berkualiti tinggi telah membawa semua metrik perniagaan utamanya ke tahap baharu. Dengan inovasi sebagai daya penggerak utama, Chery terus meningkatkan falsafah ‘Technology Chery’ dan mempercepatkan transformasinya ke arah menjadi syarikat teknologi global.

Di samping transformasi industri automotif yang berkembang pesat, Chery telah memperkenalkan ahli profesional global terkemuka, menubuhkan pasukan ketua saintis serta mengusahakan penciptaan kilang inovasi teknologinya untuk sentiasa membangunkan teknologi baharu melalui produk baharu. Setakat akhir-2022, Chery telah memohon sebanyak 25,795 paten dan memperoleh 17,177, di mana 37% merupakan ciptaan, menempatkannya antara yang terulung dalam industri.

Berdasarkan prinsip kerjasama ke arah manfaat bersama, Chery terus mengembangkan rangkaian rakan niaganya dan mewujudkan beberapa penjalinan antarabangsa untuk inovasi bersama, inovasi bersepadu serta kerjasama terbuka. Syarikat tersebut telah berganding bahu dengan Haier, Huawei, Luxshare Precision, CATL, iFLYTEK, Horizon Robotics dan perusahaan yang lain dalam pelbagai bidang seperti internet industri, penyelesaian pintar, sistem bateri traction dan kerjasama ekosistem.

Pada 2022, platform internet industri HiGOPlat, yang dibina oleh Chery dan COSMOPlat, telah mula beroperasi dan diaplikasikan di Chery Qingdao Super Factory dan Chery Wuhu Super Factory secara berperingkat, mewujudkan mod pengeluaran baharu bagi mass individual customisation serta mencipta ‘beacon factory’, yang menjadi amalan yang berkesan bagi Chery dalam penerokaan pembinaan kilang pintar yang didorong oleh internet industri.

Bagi 2023, Chery Group akan berusaha untuk mengekalkan peningkatan dari segi jumlah jualan tahunan serta metrik perniagaan utama yang lain, ke arah mencapai peningkatan yang berterusan dalam kualiti perniagaan agar berjaya berada di kalangan perusahaan automotif terkemuka dunia dalam masa terdekat.