Capai Status Unicorn, Carro Syarikat Induk myTukar Raih US$360 Juta Dalam Pusingan Pendanaan Siri C

Carro yang mempunyai pasaran automotif terbesar di Asia Tenggara mengumumkan bahawa ia telah meraih US$360 juta dalam pusingan pendanaan Siri C yang diterajui oleh SoftBank VisionFund 2, menjadikan ia ‘unicorn’pasaran automotif yang pertama di Asia Tenggara. Pelabur-pelaburpenting yang terbabit di dalam pusingan pembiayaan kali ini termasuklah beberapa dana dari Indonesiayang terkenal termasuk EV Growth.

“Ini merupakan pencapaian yang besar buat kami. Kami amat menghargai sokongan padu dari para pelabur yang mengesahkan keyakinan kami terhadap kuasa transformasi AI dalam industri automotif untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang cemerlang. Memandangkan pendigitalan kini membentuk landskap global melalui tabiat pengguna dan amalan perniagaan baharu, ini adalah waktuyang amat mengujakan untuk pasaran kereta dalam talian hujung-ke-hujung seperti Carro,” kata AaronTan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Carro.

Carro akan menggunakan dana tersebut untuk mengukuhkan posisinya dalam pasaran dan mengembangkan penawaran jualannya di Indonesia, Thailand, Malaysia dan Singapura-pasaran-pasaranyang telah mencatatkan pertumbuhan yang signifikan sejak setahun lalu. Carro juga akan meluaskanportfolio perkhidmatan kewangannya sebagai tambahan kepada pembiayaan pinjaman, sertamempercepatkan pembangunan keupayaan AI syarikatnya.

“Carro sedang mentransformasi industri automotif di Asia Tenggara dengan menyediakan pengalamanpembelian dan penjualan yang lancar untuk pengguna dan penjual kenderaan. Platform teknologi Carroyang dikuasakan oleh AI menawarkan pengguna perkhidmatan yang lengkap dan ketelusan sepanjang proses pemilikan kenderaan,” kata Greg Moon, Rakan Kongsi Pengurusan di SoftBank InvestmentAdvisers.

“Kami gembira untuk bekerjasama dengan Aaron dan pasukan Carro untuk membantu mereka mencapai matlamat meluaskan capaian ke pasaran-pasaran baharu dan menggunakan teknologi yangdikuasakan AI untuk menjadikan proses pembelian kereta lebih pintar, mudah dan selamat.”

Kali pertama SoftBank Group melabur dalam Carro adalah pada tahun 2016 melalui SoftBank VenturesAsia, cabang modal usaha niaganya, dan telah meneruskan sokongan terhadap inisiatif pertumbuhan Carro sejak itu. Carro menyediakan perkhidmatan yang lengkap untuk semua aspek pemilikan kenderaan dan menggunakan teknologi yang dikuasakan AI untuk mentransformasi pengalaman pembelian dan penjualan kereta.

Ia telah mengasaskan pelbagai perkhidmatan inovatif seperti perkhidmatan pembeliankereta tanpa sentuhan yang pertama di Singapura, perkhidmatan langganan kereta pertama dan insuranskereta berasaskan tabiat dan penggunaan di seluruh rantau yang pertama. Carro mengakhiri tahun kewangan berakhir Mac 2021 dengan pertumbuhan hasil melebihi 2.5x dan meneruskan EBITDA positif untuk tahun kedua berturut-turut. Carro juga turut diiktiraf sebagai syarikat yang paling pantas berkembang di Asia Pasifik pada tahun 2021 oleh The Financial Times dan Statista.