Can-Am Off-Road Experience Day julung kali diadakan dengan memberi pengalaman pemanduan Can-Am Off-Road melalui sesi pandu uji, serta bertemu dengan pemilik Can-Am Off-Road yang lain. Seramai 12 orang telah terpilih untuk menyertai acara kali ini yang telah diadakan di M4TREC, Semenyih. Acara ini adalah bertujuan untuk menguji potensi kenderaan Can-Am Off-Road dengan memandu uji kebolehan kenderaan model ATV (All Terrain Vehicle) dan SSV (Side by Side Vehicle) dalam pelbagai halangan di trek ujian M4TREC. Trek ini direka khas untuk tujuan latihan dengan halangan mencabar yang bakal dihadapi semasa perjalanan aktiviti off-road 4×4 yang sebenar.
Para peserta berpeluang untuk memandu uji model Outlander 450, Maverick X3, Maverick Trail 800 dan Defender HD5 sepanjang sesi selama 4 jam dan diakhiri dengan dua jenis cabaran iaitu “Cabaran Baldi Air” dan “Cabaran Buah Kelapa”. Para peserta telah disediakan dengan pelbagai hadiah menarik untuk setiap cabaran.
Can-Am Off-Road menawarkan pelbagai jenis model sesuai dengan keperluan dan jenis aktiviti off-road yang dijalankan. Can-Am ATV dan SSV direka untuk mengungguli kelasnya, tidak kira apa jua cabaran. Kenderaan ini bakal menarik minat mereka yang berani menjelajah dari laluan trail ke ladang, bukit pasir hingga ke puncak gunung samada untuk tujuan bekerja atau bermain. Harga Can-Am Off-Road bermula dari RM49,234 untuk ATV( All Terrain Vehicle) dan RM53,985 untuk SSV (Side by Side Vehicle).
Maverick X3 adalah model SSV yang paling popular di kalangan peminat off-road, dilengkapi dengan enjin Rotax 900cc turbocharge yang menghasilkan 172 hp. Jika dibandingkan dengan kenderaan 4×4 yang harus dimodifikasi untuk aktiviti off-road, Maverick X3 yang ditawarkan telah siap sedia untuk mengharungi sebarang cabaran sukar.
Maverick Trail 800 dan Defender HD5 sangat sesuai untuk sektor agrikultur dan industri pertanian. Keistimewaan kedua-dua model ini adalah kapasiti menunda maksima sebanyak 690kg yang sangat berguna untuk mengangkut barang, khasnya dalam sektor pertanian dan agrikultur. Defender HD5 pula mempunyai ruangan simpanan belakang luas yang mampu membawa muatan seberat 544kg dengan kapasiti tempat duduk untuk 3 orang.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai model Can-Am Off-Road serta acara seterusnya yang dirancang, sila ikuti halaman FB dan IG kami untuk maklumat terkini.
FB: https://www.facebook.com/canamoffroadmalaysia
IG: https://www.instagram.com/canamoffroad.malaysia/