Camaro IROC-Z, Menggamit Kenangan Muda Remaja?

Bila bercakap tengan kereta coupe 2-pintu America dari tahun 80-an, tidak semestinya ia tentang replika KITT atau Trans Arm. Beberapa model lain yang turut popular ketika itu ialah IROC Camaro yang dinamakan sempena International Race Of Champions.

Model IROC-Z ini ditawarkan sebagai pilihan dalam pakej Z/28 pada tahun 1985. Namun, apa yang membuatkan pakej IROC-Z ini istimewa ini adalah suspensi yang telah dikemaskini, ketinggiannya turut direndahkan dengan shock yang berbeza dan bar diameter yang lebih lebar, decal dan sistem injeksi tuned port sebagai piilihan Chevy Corvette yang ada pada kereta ini.

Bahagian eksterior disudahi dengan kemasan silver, merah dan hitam dengan jalur grafik IROC-Z. Ia juga dilengkapi dengan rim aloi, panel top T kaca boleh-ubah, spoiler belakang dan lampu fog di depan. Manakala beg simpanan top-T turut disertakan dan ada di dalam bonet.

Kelengkapan interior kereta ini pula terdiri dari sarung kusyen kelabu yang sepadan dengan karpet, tingkap, radio stereo AM/FM Delco dan sterengnya dibalut dengan kulit. Semasa masih lagi baru, ia didatangkan dengan enjin V8 TPI 5.0-liter IROC-Z 305 c.i pada 215 HP, semuanya dihantar ke roda belakang menggunakan transmisi automatik empat-kelajuan. Tidak cepat mahupun lambat, dengan pecutan kosong hingga 60 mph (96 km / j) sekitar 7 saat.

Beberapa bahagian pada kereta ini perlu dicat semula tetapi secara keseluruhannya, ia masih lagi elok. Jujurnya, kereta ini tidaklah berapa hebat macam kereta pertama penulis masa zaman sekolah dulu. Kereta dua pintu kebanggaan Malaysia, Proton Satria. Malangnya, sempat pakai lima tahun sahaja.

Sumber : Carscoops