Cabutan Bertuah Merdeka Petron

Cabutan Bertuah Merdeka Petron

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-63, Petron Fuel International Sdn Bhd mengadakan peraduan Cabutan Bertuah Merdeka (Merdeka Lucky Draw) yang sudah pun berlangsung bermula dari 1 Ogos sehingga 30 September 2020. Para pemenang bertuah akan menerima ganjaran bekalan minyak enjin Blaze Racing HTP atau Rev-X Turbo HTP selama setahun.


Peraduan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari 18 tahun ke atas dan menetap di Malaysia. Sesiapa yang berminat boleh menyerahkan penyertaan bersama bukti pembelian minimum satu botol Petron Blaze Racing HTP 0W-40 atau Petron Rev-X Turbo HTP 5W-40. Resit sebagai bukti pembelian ini diperlukan semasa pengesahan pemenang yang telah dipilih.


Selain itu, para peserta harus mempunyai akaun di Facebook untuk menyerahkan penyertaan dan perlu mengikuti akaun Petron Malaysia (@PetronMalaysia) di Facebook. Para peserta juga dikehendaki menjawab soalan di bahagian komen diikuti hashtag yang telah ditetapkan. Pemilihan pemenang bertuah dilakukan secara elektronik.

Untuk mengetahui tentang terma dan syarat peraduan, layari (http://bit.do/fGX5N) dan dinasihatkan agar menyediakan resit pembelian sebelum menyerahkan penyertaan anda. Semoga terpilih dan berjaya sebagai pemenang bertuah!