Bukan Sekadar Rutin Penjagaan Kenderaan Sahaja

‘Program perlindungan dari Mannol Malaysia dan Champion (jenama minyak pelincir) yang diberi nama Automaster Care Program memberi manfaat bukan sahaja kepada pemilik kenderaan, malah turut melindungi bengkel dan juga jenama minyak pelincir itu sendiri’ – Pengarah Urusan Advanced Profinity Sdn Bhd, Harisfathimi.

Jenama minyak pelincir terbaharu MANNOL Malaysia dan CHAMPION tampil memperkenalkan Program Automaster Care, inisiatif baharu yang menggabungkan perlindungan pengguna, sokongan kepada bengkel tempatan dan program kesetiaan pelanggan dalam satu ekosistem menyeluruh.

Program tersebut dibangunkan bagi mengubah persepsi pengguna terhadap servis penukaran minyak enjin daripada sekadar penyelenggaraan rutin kepada satu bentuk perlindungan jangka panjang untuk kenderaan dan pemiliknya.

Menurut Pengarah Urusan Advanced Profinity, Harisfathimi, program Automaster Care turut membantu memperkukuhkan kedudukan bengkel tempatan dalam menghadapi persaingan pasaran alat ganti dan minyak enjin yang semakin kompetitif.

Automaster Care dibangunkan berasaskan konsep “Triple Win” yang memberi manfaat kepada tiga pihak utama dalam ekosistem automotif.

Automaster Care ialah satu inisiatif menyeluruh daripada Automaster yang direka khas untuk memperkasa ekosistem bengkel tempatan, sekali gus memberikan perlindungan dan ketenangan minda yang bermakna kepada pengguna.

Idea ini tercetus daripada realiti pasaran hari ini di mana penjenamaan minyak enjin terlalu kompetitif dari segi harga dan promosi “viral” yang bersifat sementara. Kami mahu mengubah tabiat rutin menukar minyak hitam yang biasa menjadi satu bentuk perlindungan jangka panjang.

“Kami mahu pengguna tahu bahawa setiap ringgit yang mereka belanjakan bukan sekadar untuk membeli komoditi, tetapi pelaburan untuk keselamatan enjin dan diri mereka,” ujar Harisfathimi merujuk program yang diperkenalkan oleh Advanced Profinity baru-baru ini.

Menurut Harisfathimi lagi, melalui slogan pada program ini ia bermaksud ‘Tiga Inisiatif. Satu Matlamat. Untuk Anda,’ meletakkan program ini menghubungkan tiga pihak penting dalam satu ekosistem:
Pengguna (The Customer): Mendapat ketenangan minda yang sepenuhnya melalui perlindungan percuma yang bernilai tinggi.

Bengkel Rasmi (The Workshop): Mempunyai kelebihan kompetitif untuk membezakan servis mereka dan menarik pelanggan berulang.

Jenama (The Brand): Membina kesetiaan pelanggan jangka panjang yang telus dan berasaskan data. Pelan Perlindungan Kemalangan Peribadi atau PA ditawarkan kepada pengguna merupakan keunikan dan keutamaan dalam program ini. Malah setiap pengguna kenderaan samada kenderaan dua roda atau 4 roda beroleh menfaat perlindungan secara ekslusif.

Apabila sesorang pelanggan melakukan servis penukaran minyak enjin MANNOL atau CHAMPION di bengkel rasmi, mereka secara automatik layak menerima Perlindungan Kemalangan Peribadi percuma selama 4 bulan yang diikat terus kepada pemilik kenderaan.

Manfaat perlindungan komprehensif ini merangkumi:
Kematian Akibat Kemalangan: RM 4,000
Cacat Kekal Menyeluruh: RM 4,000
Patah Tulang: Sehingga RM 1,500
Perbelanjaan Pengebumian: RM 1,000
Kos Ambulans: RM 300
Perbelanjaan Perubatan: RM 150 Ini bukan sekadar promosi kosong; ini adalah perlindungan nyata untuk menjaga kebajikan pemandu dan keluarga mereka di jalan raya.

Ketika diajukan pertanyaan berkenaan kualiti dan jaminan yang ditawarkan sekiranya menggunakan jenama minyak yang ditawarkan, Harisfathimi menjelaskan bahawa segalanya juga tertakluk dalam jaminan program terbabit.

“Di Mannol Malaysia atau Champion, kami sangat yakin dengan kualiti dan teknologi produk kami. Oleh itu, melalui program waranti ini, kami menawarkan Perlindungan Pembaikan Enjin sehingga RM10,000 bagi setiap kenderaan,” ujar Harisfathimi lagi.

Jika ditakdirkan enjin kenderaan mengalami kerosakan dan siasatan teknikal yang telus membuktikan ia berpunca daripada minyak enjin kami, kos membaik pulih enjin tersebut akan ditanggung sepenuhnya di bawah program ini. Ini adalah jaminan kualiti mutlak yang memberikan “peace of mind” kepada pengguna.

Bagaimana cara menyertai program ini? Prosesnya sangat mudah, mesra digital, dan bebas daripada dokumentasi yang rumit. Ia terbahagi kepada fasa mudah:
Langkah pertama adalah Servis Pertama (Pendaftaran). Pelanggan harus menukar minyak enjin samada jenama MANNOL atau CHAMPION di 1600 bengkel terpilih di seluruh negara.

Bengkel akan memberikan resit rasmi dan kod label calar (scratch label). Pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR, mengisi data kenderaan dalam aplikasi Automaster, dan memuat naik resit bagi fasa pendaftaran awal.

Bagi proses kedua atau Servis Kedua (Pengaktifan Penuh), lakukan servis kedua dalam tempoh 5 ke 6 bulan di bengkel rasmi. Selepas rekod servis dikemas kini, status waranti digital akan bertukar kepada Aktif Sepenuhnya dengan tempoh jaminan berterusan selama 8 bulan.