Tidak dinafikan, Toyota Supra ramai peminat khususnya di kalangan tuner samada yang lama mahupun baharu seperti A90 yang kerap dimodifikasi. Zacoe Performance, menawarkan body kit yang menarik dan boleh dilihat pada Supra ini yang membuatkan ia kelihatan seperti jerung!
Kenapa? Mungkin kerana Zacoe Performance memilih warna greenish-gray untuk mempersembahkan Supra ini. Lihat sahaja pada bahagian vent di kedua-dua belah kereta yang menguatkan lagi penampilan jerung seperti yang ada pada jerung putih (white shark). Malah, Zacoe turut mengumumkan body kit Supra yang diawali dengan ayat Land Shark Alert!
Bagi upgrade lain, body kit yang luas ini ditambahkan dengan komponen fiber karbon di seluruh kereta. Panel fender dan quarter juga ditukar dengan yang lebih agresif. Tema motorsport dengan clip depan disebatikan dengan fender bersama-sama hud kompleks pengekstrak udara di bahagian tengah. Hud ini juga menempatkan insang jerung dengan struktur fiber karbon yang dibiarkan tidak bercat.
Menyambungkan bahagian luas atas rim pula ialah side curtain yang membuatkan Supra tampil lebih rendah. Kemaskini dari sudut mekanikal pula tidak disebut tetapi stance yang tampil agresif ini disebabkan dari body kit ini. Di bahagian belakangnya, fascia belakang dengan diffuser dan down low dan wing yang besar bagi melengkapi Supra ini.
Agak-agak, berapa harga Supra Jerung ni kalau dijual?
Sumber : Motor1