REBOC atau Red Bezza Owner Club, ditubuhkan pada 29 Jun 2020 dengan bilangan keahlian seramai 1090 orang yang meliputi lima wilayah; Utara, Tengah, Selatan, Pantai Timur serta Borneo. Sejak ditubuhkan, Reboc aktif menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk menghadiri konvoi dan aktiviti permotoran yang diadakan seluruh Malaysia.
Baru-baru ini telah berlangsungnya TTS Santai Reboc Northern Region, bertempat di ruang letak kereta Stadium Batu Kawan pada 21 Januari lalu. Program dimulakan pada pukul 8.00 malam dan berlarutan sehingga pukul 11.00 malam. Ia diadakan bertujuan untuk mengukuhkan ukhuwah serta bertukar-tukar pandangan di antara ahli-ahli baru dan lama di kawasan Utara ini.
Program santai kali ini turut dimeriahkan dan disertai oleh beberapa kelab lain termasuk Bezza BBC, GBAP dan BFFC. Sebanyak 30 buah kereta telah menyertai program TTS Santai Reboc Northern Region ini. Bagi memeriahkan lagi program, beberapa aktiviti selingan diadakan seperti sesi perkenalan, karaoke dan cabutan bertuah.