Siapa yang tidak mahu kekal segar dan wangi sepanjang hari? Haruman menyenangkan dan wangi ini memberikan implikasi yang baik serta aura positif. Sentiasa yakin berhadapan atau dikelilingi orang ramai. Ya, itulah haruman wangian yang dibekalkan oleh Carall, pewangi buatan dari Jepun. Tanpa sebarang bahan terlarang atau yang membahayakan kesihatan.
Setiap individu memulakan hari dengan penuh semangat dan tampil segar sebelum menempuh hari yang panjang. Dipadatkan pelbagai aktiviti seperti bertugas di pejabat mahupun di lapangan, bersukan dan tidak kurang juga rutin harian lain yang secara tidak langsung mengerah segala tenaga dan pastinya memerah keringat.
Setiap saat itu sangat berharga membuatkan kita sukar meluangkan masa berehat seketika semata-mata untuk mandi dan membersihkan badan. Cara terbaik adalah mencari sumber yang tepat agar dapat mengekalkan kesegaran dan sentiasa wangi sepanjang hari. Kekal wangi, segar dan berkeyakinan dengan barisan produk wangian keluaran Carall.
Bukan hanya satu atau dua, Carall menyediakan pelbagai produk mengikut keperluan anda. Dibangunkan dan dihasilkan di Jepun, antara produk keluaran Carall adalah Omnibus (diffuser for cup holder), Regalia Enrich dan Botanish (deodorant mist).
Bagi makluman, pewangi keluaran Carall disahkan dan dijamin tidak mengandungi bahan-bahan seperti toluene, phthalates, benzene dan formaldehyde. Pewangi dan penyegar udara Carall disahkan selamat untuk digunakan mengikut standard piawaian IFRA (International Fragrance Association), Geneve, Switzerland. Carall juga memberi jaminan pewangi keluarannya selamat digunakan dalam kereta serta tidak memudaratkan kesihatan.
Omnibus (Diffuser For Cup Holder)
Pewangi dan penyegar udara dalam kereta, Omnibus mampu mengubah mood ketika anda memandu khususnya ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Terdapat 3 pilihan haruman yang disediakan iaitu Gold Osmanthus, Diamond Wood dan White Musk. Direka cukup unik dan khas untuk kegunaan setiap orang, Omnibus pastinya membuatkan anda kekal segar.
Regalia Enrich
Selepas bersukan atau melakukan aktiviti, pastinya anda berpeluh dan ia boleh mendatangkan bau yang kurang menyenangkan khususnya dalam kereta di mana ruang udara cukup terbatas. Regalia Enrich merupakan pewangi dan penyegar udara dijamin dan disahkan selamat digunakan. Sesuai untuk disimpan dalam kereta yang mampu mengekalkan kesegaran dalam kereta.
Botanish (Deodorant Mist)
Didatangkan dalam 3 pilihan; Garden Bloom, Classic Citrus dan White Musk, pewangi Botanish mampu menghilangkan bau kurang menyenangkan dan mengembalikan kesegaran serta kekal wangi dalam kereta anda terutamanya di bahagian bonet di mana sering menjadi tempat letak barang basahan dari pasar. Semburan pewangi Botanish mampu menghilangkan bau hanyir dan hapak, membuatkan anda lebih selesa untuk meletakkan barang-barang lain di tempat yang sama!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Tien Wei Marketing Sdn. Bhd.
No.2A, Jalan KPB 3,
Kawasan Perindustrian Budiman,
Batu 10, 43200 Cheras
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03 – 9082 9852
Whatsapps: 016 673 9479 / 016 – 219 8949
Emel : tienweimkt@gmail.com
Facebook : https://m.facebook.com/carallmy.official/
Instagram : https://instagram.com/tienweimarketingsdnbhd?igshid=16mhvfiqcfw0f
Shopee : https://shopee.com.my/carallmy_os