Bermula Dari RM166,108.00, Nikmati Pembayaran Bulanan Percuma Selama Enam Bulan

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan model edisi terhad UNITED yang terdiri daripada Passat dan Tiguan. Rangkaian itu meraikan kekuatan perpaduan, satu semangat yang sememangnya sudah lama wujud dalam jenama Volkswagen.

Dua Aksesori Original Volkswagen yang unik diperkenalkan pada model-model UNITED. Penutup roda dinamik yang memastikan logo sentiasa tegak ketika kereta bergerak untuk model Tiguan dan Passat, serta lampu pintu LED yang memancarkan logo Volkswagen apabila pintu hadapan Passat dibuka.

Passat UNITED ditawarkan pada harga RM193,856, dan dilengkapi dengan aksesori bernilai RM12,000. Aksesori tambahan itu termasuklah pedal sports aluminium dan plat sisi kaki, rim aloi Verona baharu bersaiz 19”, VW Tint serta emblem UNITED.

Tiguan UNITED pula didatangkan dengan bampar hadapan sports, spoiler belakang, kemasan krom pada trunk, pelindung ruang kargo,hujung ekzos krom, VW Tint dan emblem UNITED, semua ini bernilai RM4,000. Tiguan UNITED ditawarkan pada harga RM166,108.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa pengenalan model UNITED adalah sebagai simbol solidariti yang berakar umbi dalam jenama Volkswagen. “Walaupun ada hubungan di antara rangkaian model UNITED dengan penglibatan Volkswagen dalam sukan bola sepak, signifikan nama dan apa yang diwakilinya sangat relevan dengan perkembangan dan cabaran yang kita hadapi pada hari ini. Bukan itu sahaja, prinsip utama jenama Volkswagen ialah #wenotme yang memberi penekanan terhadap aspek kesatuan dan kebersamaan.”

Dengan pemansuhan cukai jualan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, sekarang adalah masa terbaik untuk membeli sebuah kereta Volkswagen. Tawaran tambahan termasuklah Tiguan yang kini hadir dengan pembayaran bulanan selama enam bulan secara percuma bagi unit yang didaftarkan sehingga 30 Jun. Manakala Passat pula ditawarkan dengan insurans percuma selama setahun. Perkhidmatan penghantaran secara percuma ke rumah pelanggan dalam radius 20km turut disediakan.