Beriadah Bersama-sama Dari Malam Sampai Pagi

Tak perlu ramai, yang penting damai. Tak perlu bising-bising, janji happening. Dianjurkan SFS Garage telah berlangsungnya program SFS Crew JB Trip pada 10 dan 11 Disember yang lalu. Dimulakan dengan aktiviti berkonvoi, para peserta telah berkumpul di Hentian R&R Ayer Keroh seawal pukul 10.00 pagi.

 

Sebelum itu, ada para peserta yang bergerak lebih awal dari kawasan masing-masing iaitu Kajang dan Puchong, sekitar pukul 7.00 dan 7.30 pagi. Sebaik sahaja tiba di Hentian RNR Ayer Keroh, para peserta bergerak menuju ke Homestay di Johor Bahru untuk pendaftaran.

Bagi makluman, lebih 50 buah kereta telah menghadiri jamuan makan malam SFS Garage yang diadakan di Eco Palladium pada pukul 7 malam. Seterusnya, para peserta berkumpul pula untuk segmen Meet Up yang bermula pada pukul 10.00 malam dan berakhir sekitar pukul 1.00 pagi. Peluang ini digunakan para peserta untuk merakam gambar kenangan bersama-sama sebelum bertemu semula di program yang lain.