Beri Takrifan Berbeza Sebagai Sebuah Kenderaan Gaya Hidup Menyeluruh

Sime Darby Auto ConneXion(SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia bakal mempertontonkan Ranger generasi baharu di Pulau Pinang pada 3-7 Ogos dari 10.30 pagi setiap hari, di Centre Court, Queensbay Mall dan Toppen Shopping Mall, Johor Bahru dari 10 pagi pada 10-14 Ogos 2022.

Berlangsung sebelum pengenalan di bilik pameran, acara pratonton ini adalah sebahagian daripada penampilan sulung awam di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai mendekati model terkini trak pikap ikonik Ford ini. Sebagai tambahan, mereka yang telah menerima jemputan eksklusif ke acara ini juga akan diberikan tempat ketika majlis pengenalan pada 3 Ogos, dari 10.30-11.30 pagi. Mereka juga akan diberikan taklimat terperinci berkaitan Ranger generasi baharu.

Diberikan rekaan baharu sepenuhnya, Ranger generasi baharu sekali lagi akan memberi takrifan berbeza dalam segmennya sebagai sebuah kenderaan gaya hidup yang menyeluruh, untuk tujuan kerja, keluarga dan riadah. Dengan gaya lebih menawan, prestasi atas jalan dan off-road lebih baik, teknologi pintar dan ciri keselamatan pemanduan, sistem pengurusan kargo yang diperkemas, ruang dalaman yang terhubung dengan rasa premium ala SUV, Ranger generasi baharu ini direkau ntuk lebih menonjol daripada yang lain, di mana saja.

Jangan ketinggalan untuk ikut serta dalam siri jelajah pengenalan sulung dan pratonton Ranger generasi baharu. Selain boleh mendekati kenderaan canggih berkenaan, turut disediakan ialah hadiah berupa cenderahati Ford untuk dimenangi.

Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi baru, SDAC dan Ford, ikuti laman Facebook, Instagram, Twitter and YouTube channel Ford Malaysia atau kunjungiwww.sdacford.com.my.