Behind Blue Eyes

Tak dinafikan, model-model lama sememangnya amat cantik rekaannya. Tak kisah apa model atau jenama sekalipun, mesti ada yang membuatkan kita teringin nak memilikinya walaupun sudah agak berusia. Mungkin jurutera dan pereka zaman dahulu mempunyai pemikiran yang lebih kreatif berbanding sekarang ataupun mereka sudah ketandusan idea untuk membuatkan jentera baharu sekarang mampu memikat hati sama seperti yang pernah dihasilkan dahulu? Hanya andaian sahaja…

Toyota salah satu jenama yang sudah lama dalam dunia automotif dunia. Pelbagai model dan teknologi yang telah berjaya dihasilkan dari kereta biasa sehinggalah yang sentiasa menjadi kegilaan sehingga kini. Lihat sahaja model Vellfire ataupun Alphard, menjadi buruan para penggunanya di Malaysia sebagai kenderaan rasmi dan juga acara khas kerana ianya tampak sangat mewah. Nampak tak, betapa pentingnya sesebuah jenama itu dalam kehidupan seharian.

Toyota SEG AE101 merupakan salah satu model yang menjadi buruan sehingga kini. Secara jujur, rekaan jentera ini sangat menarik sebenarnya. Dilihat secara keseluruhan, ianya mempunyai rekaan yang membuatkan kita sukar untuk melupakannya. Kalau tak percaya, cuba tanya pada pemilik-pemilik jentera ini. Pastinya jika dah diubah suai pasti tidak akan menjualnya.

Apa yang kita lihat sekarang merupakan salah satu contoh dari ratusan AE101 yang ada di Malaysia ini. Ianya telah melalui proses naik taraf yang sangat membanggakan. Macam kereta baru dibuatnya. Berbekalkan nadi baru iaitu 4AGE Blacktop 20V, ianya bukan enjin yang calang-calang dalam keluarganya. Standard pasti membosankan. Oleh itu, beberapa proses naik taraf telah dilakukan antaranya pemakaian piston CP berukuran 82mm, cam pulley boleh laras dari Works, pulley utama Jasma, ekstraktor 4-2-1 FGK serta sistem ekzos lengkap berukuran 2.3 inci HKS Super Dragger.

Kuasa dari enjin dihantar terus ke bahagian roda melalui kotak gear 6 kelajuan lengkap dengan LSD 1.5 way serta klac Triniti 8.5 inci dan flywheel dari Toda. Bahagian ini perlu diambil kira kerana ianya merupakan antara yang terpenting dalam memastikan jentera ini dapat beraksi dengan lebih baik ketika kuasanya di pacu di atas jalan raya.

Untuk keselesaan dan lebih prestasi dalam pemanduan, jentera ini dipasangkan dengan set suspensi boleh laras HWL Hi Low manakala kekuatan cesi badannya pula dibantu dengan penggunaan strut bar Carbing 3 point, lower arm bar Cusco 4 point dan juga fender bar dari Ultra Racing. Sistem breknya pula menggunakan model AE111 yang dibeli dari kedai hal cut yang mampu menghasilkan kuasa memberhentikan jentera ini dengan lebih baik.

Ruang dalaman jentera ini dipadankan dengan papan pemuka dari model AE111 BZG. Door trim AE101 menjadi pilihan. Manakala tempat duduk hadapan pula menggunakan Recaro SR3. Kit badan depan dan belakang jentera ini pula diambil dari model AE101 Sprinter generasi pertama manakala bumper depannya pula dari Sprinter generasi ke-2. Beberapa aksesori lain yang turut dipakaikan pada badan jentera ini termasuklah lips depan dari Mark 2, skirt sisi AE111, skirt belakang Carina GT, spoiler belakang Carina, door visor AE101 serta visor belakang FRP.

Walau macam mana lama sekalipun jentera ini, ianya tetap kekal awet muda. Tengok sahaja penampilannya, pasti akan memikat mata kita. Sumpah memang lawa bila dia pakai sportrim Enkei E’AL-SF!!!

SPESIFIKASI