Bawa Pengalaman Ferrari Sejati ke Malaysia

Shell Malaysia kini membawa kehangatan dunia perlumbaan ke jalan raya Malaysia menerusi kempen terbarunya, “Feel It All”, bersempena ulang tahun ke-75 kerjasama Shell bersama Ferrari. Kempen ini bukan sekadar meraikan warisan prestasi dan teknologi, tetapi turut memberikan rakyat Malaysia peluang menyertai satu pengalaman motorsport bertaraf dunia yang tidak mungkin dilupakan.

Shell V-Power, bahan api prestasi tinggi yang dibangunkan dengan kepakaran kejuruteraan, kini menawarkan lebih kuasa, lebih pecutan dan keupayaan membersih 100% bahagian enjin kritikal – memastikan enjin terus berfungsi seperti baharu. Ini adalah bahan api yang digunakan, dipercayai dan disyorkan oleh pasukan perlumbaan Scuderia Ferrari HP – dan kini boleh didapati di stesen Shell seluruh negara.

“Shell V-Power direka khas untuk mereka yang mahukan lebih dari sekadar isian tangki biasa,” kata Seow Lee Ming, Pengurus Besar Mobiliti & Kemudahan Shell Malaysia. “Kempen ini memberi peluang kepada pelanggan merasai sendiri detik-detik penuh adrenalin bersama pasukan Ferrari – dari melihat ke belakang tabir paddock hingga bertemu sendiri idola seperti Lewis Hamilton dan Charles Leclerc.”

Kempen ini berlangsung dari 16 Jun hingga 10 Ogos 2025, di mana pelanggan yang mengisi Shell V-Power 97 bernilai RM80 akan memperoleh 5 penyertaan, manakala Shell V-Power Racing RM100 memberikan 10 penyertaan. Pembelian Shell Helix Fully Synthetic 4L terpilih pula memberikan 15 penyertaan. Semakin premium pembelian, semakin tinggi peluang menang!

Antara ganjaran yang ditawarkan termasuk “Pengalaman VIP Shell Motorsport” di Singapura untuk 6 pemenang bertuah. Sesi maya eksklusif bersama Lewis Hamilton & Charles Leclerc dan barangan rasmi Ferrari bertandatangan untuk 30 pemenang. Hadiah mingguan termasuk pemenang BonusLink Millionaire dan topi pasukan Ferrari 2025 untuk 19 pemenang.

Lebih menarik, pelanggan juga boleh memiliki model Ferrari F1 SF-24 edisi terhad dengan pembelian 2 botol Shell Helix Power atau Helix Ultra. Malaysia merupakan pasaran pertama di dunia menerima model eksklusif ini – pasti menjadi buruan peminat setia Ferrari.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen dan penyertaan, layari www.shell.com.my hari ini. Rasai prestasi sebenar. “Feel It All” bersama Shell V-Power!