Bateri Baharu Untuk Audi E-Tron Facelift 2023?

Di kala para pengikut industri automobil membicarakan tentang sedan elektrik terbaharu Audi iaitu E-Tron GT, satu lagi model yang dijangkakan akan dilancarkan. Pada tahun 2019, Audi telah mula mengeluarkan crossover E-Tron.

Namun, beberapa perubahan telah dilakukan dan antara yang dilaporkan ialah powertrain elektrik. Laporan ini telah dikongsikan oleh Autocar yang mempunyai sumber dalaman boleh dipercayai.

Menurut laporan tersebut, E-Tron dan E-Tron Sportback bukan sahaja menerima bateri baharu, malah kedua-duanya akan dilengkapi dengan motor elektrik yang dikemaskini dan dipercayai lebih cekap.

Sumber Autocar turut melaporkan E-Tron boleh mencecah sehingga lebih 373 batu untuk kedua-dua varian. Bateri semasa 95 kWh boleh mencecah sehingga 249 batu di UK. Rekabentuk Baharu dengan powertrain yang dikemaskini direka untuk memanjangkan tempoh kitaran model ini sehingga 2025.

Sementara itu, boleh layan dulu gambar-gambar Audi E-Tron dan E-Tron Sportback Black Edition.