Banyak Perbezaan Di Bahagian Dalam Berbanding Luar

Giliran Kia pula menyiarkan beberapa teaser Telluride 2023 dan SUV ini menampilkan lebih banyak perbezaan di bahagian dalam berbanding bahagian luarannya.
Jenama popular dari Korea ini bakal menampilkan SUV ini buat pertama kalinya di New York International Auto Show (NYIAS) minggu hadapan bersama flagship Pallisade. Menurut Kia, mereka berjanji untuk menawarkan elemen rekaan baharu termasuk trimline X-Pro yang lasak.

Menurut Carscoops, menerusi apa yang dapat dilihat dari gambar-gambar teaser, rekaan luarannya tidak banyak perbezaan dengan model terkini yang dikemaskini untuk 2022. Contohnya, garis yang sama di bahagian cermin sisi belakang. Bentuk grille pula mirip Telluride Concept yang pernah dilihat pada tahun 2016.
Kalau masih ingat, kereta konsep 2016 menampilkan dashboard digital yang menggabungkan kluster TFT sistem infotainment skrin sesentuh. Namun, Telluride produksi tahun 2020 didatangkan dengan lebih banyak konvensional set dial analog dan skrin sesentuh gaya tablet yang masih ada pada tahun 2022.


Dalam teaser itu lagi, mendedahkan kereta 2023 ini mengambil apa yang ada pada konsep 2016. Interior dengan penampilan lebih kemas dengan stereng 4 jejari berserta konsol dengan pemegang di bawah dashboard. Bahagian yang paling menonjol adalah pemapar digital yang luas dan nipis dari stereng sehingga tunnel tengah sama seperti EV6 elektrik.
Kia mempunyai beberapa model SUV untuk tahun ini dan Telluride 2023 ini adalah salah satu komponennya. Sportage juga sedang disemak semula dan diikuti Pallisade facelift tidak lama lagi.
Sumber : Carscoops