Bakal Muncul Di Tokyo Auto Salon 2022

Setelah dihentikan lebih satu dekad, Mitsubishi membawa kembali penjenamaan Ralliart pada Mei 2021 dengan trak pikap Triton dalam laporan kewangan FY2020. Beberapa bulan kemudian, Ralliart diperkenalkan secara rasminya di Thailand sebagai Pajero Sport dengan beberapa pelekat dan aksen merah. Bagi Tokyo Auto Salon yang bakal tiba, Mitsubishi telah membuat persediaan yang lebih untuk projek Ralliart tetapi kedua-duanya mengecewakan.?

Bermula dengan Vision Ralliart Concept yang asasnya sebuah Outlander dengan bodykit yang agresif dengan fender yang lebih lebar pada kedua-dua axle. Selain itu, ia juga mempunyai gril atas dengan corak honeycomb dan lower air intake yang lebih tebal berbanding SUV biasa. Jentera ini dilengkapi dengan roda 22-inci dan mempunyai ruang yang lebih luas untuk rotor dengan 6 piston caliper. Malangnya, hanya brek yang memperlihatkan peningkatan mekanikal daripada versi standard.

Bergerak ke bahagian belakang, diffuaer yang besar yang dapat dilihat menerusi teaser yang dikeluarkan bulan lepas mengandungi emblem Ralliart untuk memberikan ilusi Outlander. Ia dijangka bakal berkongsi perhatian yang sama di Tokyo Auto Salon 2022 dengan Outlander Ralliart Style.

Manakala Triton dan Pajero Sport yang disebut awal tadi, secara asasnya ia berkaitan dengan body decal dan aksen merah yang diaplikasikan ke atas versi PHEV. Diharapkan usaha untuk menghidupkan kembali Rallairt disusuli dengan beberapa upgrade yang lebih bijak berbanding peningkatan yang hampir tidak kelihatan dari sudut visualnya.

Sumber : Motor1 / Mitsubishi