Bakal Menjengah Ke Pasaran Tidak Lama Lagi

Baru-baru ini, Volkswagen baru-baru ini memperkenalkan Polo GTI yang telah ditambah baik selepas pelancaran Polo Facelift dua bulan sebelum ini. Dipengaruhi Golf generasi kelapan terutamanya dari sudut gaya dan teknologi, Polo GTi ini mengekalkan enjin 2.0 liter TSI turbo berkuasa 204hp dan tork 230Nm.

Kuasa tersebut dihantar ke roda hadapan menerusi kotak gear klac berkembar DSG tujuh kelajuan sekaligus membuatkan Polo GTi ini mampu memecut 100km/j dalam masa hanya 6.5 saat. Selain itu, ia turut didatangkan dalam tiga mode pemilihan iaitu Normal, Eco dan Sport.

Polo GTi ini juga dilengkapi dengan talaan chasis berorientasika. Prestasi. Berbanding Polo standard, chasis akan merendahkan diri sebanyak 15mm. Manakala bar penstabil lebih besar pada gandar hadapan dan cagak belakangnya pula lebih keras.

Apa yang istimewa, Polo GTi ini menggunakan logo baharu Volkswagen dengan lampu utama LED Matrix Iq Light. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan bampar baharu di bahagian belakang beserta rim aloi bersaiz 17 inci.

Berganjak ke bahagian kabin, infotainment kereta ini menggunakan skrin bersaiz 8.0 ini dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto. Kemasan warna merah pada papan pemuka dan konsol tengah nampak lebih berseri.

Bagi makluman, Polo GTI dipasang dengan ‘kokpit digital’ seperti yang ada pada Golf dan ID. Sistem Discover Pro dan Discover Media pula ditawarkan secara berasingan. Ciri-ciri lain yang boleh ditambah oleh pelanggan termasuklah bumbung suria panoramik, sistem arahan suara, pengecas tanpa wayar, sistem bunyi Beats dan rim aloi 18 inci.

Polo GTi juga turut mendapat sistem Travel Assist yang terdiri daripada kawalan jelajar adaptif, lane assist dan banyak lagi. Ciri-ciri standard pula ialah brek kecenasan (AEB), sistem amaran pemandu dan brek pasca perlanggaran automatik. Buat masa ini, harga Polo GTi ini masih belum didedahkan oleh Volkswagen tetapi bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

Sumber : Mekanika